Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • DUN: 55 juta pokok ditanam, Sarawak lebihi sasaran nasional, Sabal jadi hab ekopelancongan baharu
  • TEMPATAN

DUN: 55 juta pokok ditanam, Sarawak lebihi sasaran nasional, Sabal jadi hab ekopelancongan baharu

Utusan Sarawak 3 hours ago
Datuk Len Talif semasa ucapan penggulungan Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Sarawak terus memperkukuh kedudukannya sebagai negeri peneraju kelestarian alam sekitar apabila merekodkan 55 juta pokok ditanam dalam Kempen Penghijauan Malaysia setakat 31 Oktober 2025, mengatasi sasaran asal 35 juta pokok yang ditetapkan Kerajaan Persekutuan. 

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata pencapaian itu meletakkan Sarawak sebagai penyumbang terbesar di Malaysia dalam usaha pemulihan ekosistem, restorasi hutan dan pengurangan kesan perubahan iklim.

“Komitmen kerajaan untuk mengekalkan lebih 62 peratus litupan hutan adalah bukti jelas bahawa kelestarian kekal sebagai teras pembangunan negeri,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ucapan penggulungan Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini. 

Kerajaan turut melaksanakan pelbagai program restorasi landskap hutan, memperluas kawasan dilindungi dan menggiatkan penyelidikan berkaitan biodiversiti dengan kerjasama pakar dari Amerika Syarikat, Australia, Finland, Jepun dan beberapa negara lain.

Pada masa sama, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada 18 Oktober lalu melancarkan Hab EkoPelancongan Sabal, merangkumi Taman Negara Sabal dan Hutan Simpan Sabal, sebagai destinasi baharu pelancongan konservasi.

Hab itu turut menggabungkan Model Pengurusan Hutan Mampan (Forest Management Area Model) serta taman buluh (Bambusetum), dengan pelaksanaan dikendalikan Perbadanan Hutan Sarawak (SFC), Jabatan Hutan Sarawak dan PUSAKA. 

Komponen utamanya ialah pembinaan Kompleks Sabal bernilai RM65 juta, dijadualkan bermula 2026 di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13). Kemudahan itu akan menempatkan pusat penyelidikan, fasiliti latihan, penginapan, kawasan hutan rekreasi dan infrastruktur pelancongan moden.

Dalam perkembangan berkaitan, Sarawak Delta Geopark (SDGp) menerima Green Card daripada UNESCO Global Geopark Council, satu langkah penting sebelum pengiktirafan rasmi UNESCO dijangka Mei 2026. 

Beliau berkata kejayaan itu akan mengangkat geotapak Sarawak ke pentas global dan merancakkan ekopelancongan berasaskan pendidikan, penyelidikan dan pemuliharaan.

Tambahnya, dua taman negara ikonik Sarawak, Taman Negara Bako dan Taman Negara Bukit Lambir, turut diumumkan sebagai ASEAN Heritage Park yang baharu, mengiktiraf pengurusan konservasi bertaraf serantau.

Sarawak turut menjadi tuan rumah Persidangan Penyelidikan dan Inovasi Ladang Hutan 2025 yang menghimpunkan pakar dari 11 negara, memperkukuh rangkaian profesional dan membuka peluang pelaburan industri ladang hutan.

Datuk Len berkata kesemua inisiatif ini meletakkan Sarawak pada hala tuju jelas, membangunkan ekonomi hijau, memelihara biodiversiti dan merangsang pertumbuhan industri pelancongan lestari.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: DUN: Sarawak percepat ukur tanah NCR, 1.22 juta hektar disahkan hak pemilik
Next: Jualan Festif Tahun Baharu Cina Kenyalang 2026 kembali meriah 2 hingga 16 Februari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.