Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • 545 ahli Amanah sertai Bersatu
  • NASIONAL

545 ahli Amanah sertai Bersatu

Utusan Sarawak 5 years ago

SHAH ALAM, 4 Sept -- Pengerusi Badan Pimpinan Bersatu Selangor Datuk Abdul Rashid Asari (kanan) menerima 545 borang keahlian menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) daripada bekas Naib Pengerusi 3 Amanah Kota Raja, Jaafar Samsuddin pada sidang akhbar di pejabatnya, hari ini. -- fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

PENGERUSI Badan Pimpinan Bersatu Selangor Datuk Abdul Rashid Asari (kanan) menerima 545 borang keahlian menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) daripada bekas Naib Pengerusi 3 Amanah Kota Raja, Jaafar Samsuddin pada sidang akhbar di pejabatnya semalam. • Foto BERNAMA

SHAH ALAM: Seramai 545 ahli Amanah Kota Raja semalam keluar parti berkuat kuasa serta merta dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), menyatakan tertarik dengan kepimpinan Presiden Bersatu yang juga Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Borang keahlian itu diserahkan wakil kumpulan berkenaan yang juga bekas Naib Pengerusi 3 Amanah Kota Raja, Jaafar Samsuddin kepada Pengerusi Badan Pimpinan Bersatu Selangor    Datuk Abdul Rashid Asari.

Menurut Jaafar, antara faktor membuatkan mereka tertarik menyertai Bersatu adalah sifat kesederhanaan dan kepimpinan ditonjolkan Muhyiddin selain keupayaannya menjaga kebajikan rakyat tatkala penularan pandemik Covid-19 ketika ini.

“Kita lihat, (kepimpinan) Amanah tidak memainkan peranan penting dalam membela rakyat, aspek penjagaan kawasan dan keprihatinan kepada ahli. Ahli parti rasa tidak terbela walaupun sekian lama bekerja untuk parti.

“Disebabkan itu kami memilih untuk bersama Bersatu dan Perikatan Nasional yang wadah perjuangannya untuk membangun serta membela rakyat. Sebagai anak jati Kota Raja, diharapkan parti ini dapat membawa perubahan di kawasan kami,” katanya yang juga bekas    Ahli Jawatankuasa Amanah Negeri Selangor pada sidang media di sini semalam.

Dalam pada itu, Abdul Rashid menafikan dakwaan kira-kira 3,000 ahli Bersatu Selangor telah keluar parti kerana pihaknya hanya mengesan 122 ahli saja yang meninggalkan parti berkenaan setakat ini.

Katanya, jumlah ahli yang keluar parti itu turut melibatkan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) daripada Bersatu bagi kawasan Kuang, Jeram dan Batang Kali untuk menyertai Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) diasaskan bekas Perdana Menteri    Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, jumlah ahli Bersatu di Selangor setakat ini sudah melebihi 50,000 orang dengan 5,000 daripadanya terdiri dalam kalangan bukan Melayu. – Bernama

Continue Reading

Previous: Polis Perlis rampas dadah bernilai RM6.58 juta
Next: KPM tambah baik program pendidikan khas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.