Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 54 penerima MRP-PPRMS luah kesyukuran baik pulih rumah siap sebelum Aidilfitri
  • Tengah
  • WILAYAH

54 penerima MRP-PPRMS luah kesyukuran baik pulih rumah siap sebelum Aidilfitri

Utusan Sarawak 2 months ago
LAWATAN…Safiee Ahmad ketika mengadakan lawatan ke beberapa rumah penerima Projek MRP-PPRMS bagi Fasa 1/2025 di Kampung Tebaang dan Kampung Pangtray Daro.

DARO: Seramai 54 penerima Projek Kecil Luar Bandar (MRP) Program Penambahbaikan Rumah Rakyat Miskin Sarawak (MRP-PPRMS) bagi Fasa 1/2025 di penduduk Kampung Tebaang dan Kampung Pangtray Daro, melahirkan rasa syukur apabila kerja-kerja baik pulih rumah mereka berjaya disiapkan sebelum menyambut Aidilfitri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad berkata, inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan Sarawak untuk meningkatkan kualiti hidup dan keselesaan golongan rakyat miskin di kawasan luar bandar.

SAFIEE Ahmad bersembang bersama salah seorang penerima Projek MRP-PPRMS bagi Fasa 1/2025.

“Penerima projek ini melahirkan rasa syukur dan terima kasih atas bantuan yang diberikan, yang bukan sahaja meringankan beban mereka, tetapi turut memperlihatkan komitmen kerajaan Sarawak dalam memastikan rakyat dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa dan sejahtera,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa mengadakan lawatan ke beberapa rumah penerima Projek MRP-PPRMS bagi Fasa 1/2025 di dua kampung tersebut.

Katanya, kerajaan Sarawak terus berusaha mempertingkatkan kemudahan dan prasarana di kawasan luar bandar sebagai usaha berterusan untuk memperbaiki taraf hidup rakyat.

Dalam lawatan tersebut, Safiee berkesempatan untuk menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada penerima projek sebagai tanda prihatin dan sokongan kerajaan Sarawak terhadap kesejahteraan rakyat.

Turut hadir, Penghulu Jebli Ngok, Ketua Kampung (KK) Kampung Pangtray, Shamsiah Saibi KK Kampung Tebaang, Liman Shahjuan, Kr. Adykurniawan Abdullah dan Kr. Hamden Taha.
Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Capai potensi sebagai komunikator, pemimpin
Next: Nikmati keindahan Sungai Batang Lupar bersama KTSA River Cruise

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.