Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • 54 hektar kebakaran belukar di Bintulu dan Matu-Daro berjaya dipadam  
  • KEBAKARAN

54 hektar kebakaran belukar di Bintulu dan Matu-Daro berjaya dipadam  

Utusan Sarawak 9 hours ago
KEJADIAN kebakaran belukar dilaporkan berlaku di kawasan belakang Flat Marine, Jepak, Bintulu tengah hari tadi. Foto BBP Bintulu

SIBU: Sebanyak 54 hektar daripada keseluruhan 70 hektar kawasan kebakaran belukar di beberapa lokasi di Bintulu serta Matu-Daro berjaya dipadamkan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak menerusi operasi pemadaman hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Sarawak berkata berdasarkan kemas kini sehingga 7.00 malam tadi, kebakaran terbesar yang berjaya dikawal adalah di Jalan Matu-Igan berhampiran Jambatan Igan di Matu, dengan 20 hektar daripada keseluruhan 35 hektar kawasan terjejas berjaya dipadamkan.

Katanya kebakaran di belakang Flat Marine Jepak, di sini, yang melibatkan kawasan seluas 14 hektar pula hampir dipadam sepenuhnya apabila 13 hektar berjaya dikawal, manakala baki satu hektar masih dalam operasi pemadaman.

“Selain itu, kebakaran belukar di Jalan Kampung Kut–Kampung Saai di Pulau Bruit, Daro yang melibatkan kawasan seluas 13 hektar berjaya dipadamkan sepenuhnya selepas operasi memasuki hari kelapan,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Beliau berkata kebakaran di Jalan Bruan–Tutus di Matu serta di Kampung Penasu, Daro yang masing-masing melibatkan kawasan seluas empat hektar turut berjaya dipadam sepenuhnya.

Katanya operasi pemadaman di Jalan Matu-Igan turut dibantu Unit Udara JBPM Sarawak menggunakan pesawat Mi-17i yang melaksanakan 10 kali pengeboman air.

“Operasi pemadaman akan disambung semula esok di kawasan yang masih terlibat, selain pemantauan berterusan bagi memastikan tiada kebakaran berulang,” katanya.

-Bernama

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Penduduk kampung bertindak pantas padam kebakaran rumah di Kampung Tanjung Kembang Kabong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.