Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 53 projek bekalan air dilaksana di Sarikei
  • Tengah
  • WILAYAH

53 projek bekalan air dilaksana di Sarikei

Utusan Sarawak 8 months ago
LAWATAN… Dato Sri Julaihi Narawi menjalankan lawatan kerja di Loji Rawatan Air Bayong.

SARIKEI: Sebanyak 53 projek bekalan air dilaksanakan di Bahagian Sarikei yang menelan belanja berjumlah keseluruhan RM378.2 juta.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, projek tersebut dilaksana menggunakan peruntukan kerajaan Sarawak.

“Ini merupakan sebahagian usaha kerajaan Sarawak untuk membekalkan air terawat di seluruh Sarawak dan di sini kita berusaha untuk membekal air terawat untuk Bahagian Sarikei.

TEMU BUAL… Dato Sri Julaihi Narawi ditemu bual media selepas menjalankan lawatan kerja di Loji Rawatan Air Bayong, hari ini.

“Jadi, kita berharap dengan usaha ini, ia akan membentuk sistem grid air di masa yang akan datang di bahagian tengah Sarawak kerana Sarikei berada di antara tempat ini.

“Kita berharap akan membentuk sistem grid air di bahagian tengah apabila projek ini siap kelak dan ia dalam jangka panjang akan membentuk sistem grid air di seluruh Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menjalankan lawatan kerja di Loji Rawatan Air Bayong, hari ini.

Dalam pada itu, katanya, projek menaik taraf Loji Rawatan Air Bayong Fasa 2B berkapasiti 30 juta liter air sehari (MLD) bernilai RM68.8 juta dijangka siap sepenuhnya hujung tahun ini.

“Ujian dan pertauliahan loji rawatan air tersebut akan dilakukan pada November 2024.

“Bermakna bahawa loji rawatan air ketiga di Loji Rawatan Air Bayong ini akan dapat beroperasi setelah selesainya ujian dan pertauliahan nanti.

“Insya-Allah, pada keseluruhannya, loji ini apabila beroperasi kelak boleh membekalkan keseluruhan air dengan kapasiti 100 juta liter air sehari untuk Bahagian Sarikei, khususnya bandar Sarikei dan kawasan sekitarnya.

“Kita juga mempunyai loji kecil di sekitarnya, misalnya di Julau ada loji rawatan air kecil sedang dibina sekarang dan akan juga akan menambah keperluan air di kawasan sekitar,” katanya.
Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 11 murid SJKC Kiang Hin terima sumbangan cermin mata
Next: KKM: RM800,000 untuk Klinik Kesihatan Nanga Medamit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.