Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 53 individu positif dadah, ketum dalam Ops Cegah AADK Betong
  • JENAYAH

53 individu positif dadah, ketum dalam Ops Cegah AADK Betong

Utusan Sarawak 16 hours ago
POSITIF DADAH… 53 individu dikesan positif dadah dan ketum hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan dalam Ops Cegah oleh AADK Daerah Betong. Foto AADK Sarawak

BETONG: Seramai 53 individu dikesan positif dadah dan ketum hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan dalam Operasi Pengesanan Orang Yang Disyaki (Ops Cegah) oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Betong, yang berlangsung selama dua hari bermula 10 Februari lalu.

Menurut kenyataan media AADK Sarawak, operasi bersepadu itu merupakan usaha berterusan AADK dalam membanteras penyalahgunaan dadah di daerah ini serta memastikan komuniti setempat bebas daripada ancaman najis dadah yang semakin membimbangkan.

Sepanjang operasi berkenaan, seramai 17 anggota terlibat yang terdiri daripada empat pegawai dan 13 anggota penguat kuasa. Pasukan operasi telah menahan 55 individu bagi tujuan saringan air kencing.

Hasil ujian mendapati 53 daripada mereka positif dadah, manakala dua individu lagi disahkan negatif. Keputusan itu menunjukkan kadar positif yang tinggi dalam kalangan mereka yang diperiksa. Daripada jumlah yang positif, seramai 52 orang adalah lelaki dan seorang perempuan. 

POSITIF DADAH… 53 individu dikesan positif dadah dan ketum hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan dalam Ops Cegah oleh AADK Daerah Betong. Foto AADK Sarawak

Statistik turut menunjukkan bahawa 78 peratus daripada individu yang positif berusia antara 19 hingga 40 tahun, iaitu golongan usia produktif yang sepatutnya menjadi pemangkin pembangunan masyarakat.

Secara pecahan, seramai 45 individu didapati positif syabu manakala lapan lagi positif ketum. 

Penyalahgunaan bahan terlarang tersebut terus menjadi antara cabaran utama pihak berkuasa dalam usaha membendung gejala sosial di peringkat akar umbi.

Kesemua individu yang positif telah ditahan di bawah Akta Penyalahguna dan Penagih Dadah dan Bahan (Rawatan dan Pemulihan) 1983 bagi tindakan lanjut termasuk proses rawatan dan pemulihan yang ditetapkan.

Operasi ini diketuai oleh Awang Ekhsaan Awang Bunsu, dengan kerjasama Unit Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK Negeri Sarawak yang turut memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran gerakan.

Pihak AADK Betong merakamkan penghargaan atas komitmen serta semangat integriti tinggi yang ditunjukkan oleh semua anggota terlibat sepanjang operasi dijalankan.

Sementara itu, Ketua AADK Daerah Betong, Jainah John menegaskan bahawa pihaknya komited membantu mereka yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

“Jika anda tidak hadir untuk kami bantu, kami akan datang kepada anda untuk membantu,” tegasnya sambil memaklumkan bahawa operasi seumpama ini akan terus dipergiatkan dari semasa ke semasa sebagai langkah pencegahan dan penguatkuasaan.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Dua lelaki tempatan ditahan positif dadah di Bau
Next: Polis keluar 14 saman dalam Operasi Bersepadu Pencegahan Jenayah IPD Lubok Antu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.