Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 52 banduan maut dalam rusuhan, kebakaran
  • GLOBAL

52 banduan maut dalam rusuhan, kebakaran

Utusan Sarawak 3 years ago

PROTES… Saudara-mara banduan bertempur dengan polis rusuhan di luar penjara di Tulua, Jabatan Valle del Cauca, Colombia selepas beberapa banduan maut apabila banduan merusuh melakukan pembakaran bagi menghalang polis memasuki sel mereka. • Foto AFP

TULUA: Sekurang-kurangnya 52 banduan terbunuh dan 26 lagi cedera pada awal Selasa lalu selepas kebakaran berlaku semasa rusuhan penjara di barat daya Colombia, kata Agensi Penjara Kebangsaan.

Tragedi itu berlaku apabila banduan yang merusuh membakar sekitar 2.00 pagi, cuba menghalang polis daripada memasuki sel mereka di penjara di Bandar Tulua, kata Tito Castellanos, Pengarah Institut Penjara dan Penjara Negara (INPEC).

“Kami merawat 26 orang yang cedera dan jumlah kematian ialah 52 orang,” kata Cristina Lesmes, Ketua Jabatan Kesihatan di Valle del Cauca di Twitter.

Castellanos sebelum ini menyatakan jumlah kematian rusuhan ialah 49 orang dengan 30 lagi, termasuk enam pengawal penjara cedera dan terjejas oleh kebakaran dan asap.

Penjara yang menempatkan lebih 1,200 banduan itu dikepung oleh pasukan polis dan tentera.

“Dengan membakar tilam, mereka tidak tahu akibat kebakaran itu dan malangnya ini berlaku,” kata Castellanos kepada Radio RCN sambil memberitahu kebakaran itu dapat dikawal oleh anggota bomba.

Menjelang petang, pasukan forensik memasuki penjara untuk cuba mengenal pasti mayat, manakala puluhan ahli keluarga berkumpul mengharapkan maklumat banduan terkesan di luar penjara.

Pada masa sama, seorang pegawai penjara memberikan senarai awal yang terselamat kepada mereka yang menunggu.

Provokasi Pergaduhan

Pihak berkuasa pada mulanya berkata, mereka sedang menyiasat sama ada kejadian itu berlaku sebagai sebahagian daripada cubaan melarikan diri, tetapi kemudian berkata, ia adalah satu rusuhan.

“Keadaan ini dicetuskan oleh pergaduhan yang tercetus antara banduan. Salah seorang banduan membakar tilam yang mencetuskan kebakaran,” kata Ruiz.

Terdapat 180 banduan di bahagian penjara terbabit kebakaran.

Castellanos memuji usaha pengawal penjara mengawal kebakaran dan membantu banduan untuk selamat.

Ujarnya, kesan kebakaran akan menjadi lebih teruk sekiranya tanpa campur tangan pengawal penjara

Presiden Ivan Duque turut menghantar ciapan di Twitter yang menawarkan solidaritinya dengan saudara-mara mangsa.

“Kami kesal dengan peristiwa yang berlaku di penjara di Tulua, Valle del Cauca.

“Saya telah memberi arahan untuk menjelaskan keadaan yang dahsyat ini. Solidariti saya adalah dengan keluarga mangsa,” kata Duque.

Presiden terpilih Gustavo Petro turut melahirkan rasa simpatinya dan berkata di Twitter bahawa, perlu ada pemikiran semula sepenuhnya dasar penjara yang mengambil kira ‘maruah banduan’.

“Negeri Colombia ‘menjadikan’ penjara sebagai ruang untuk membalas dendam dan bukan untuk pemulihan,” tambah Petro, yang memenangi pusingan pilihan raya awal bulan ini dan akan menggantikan Duque pada 7 Ogos depan.

Petro juga merujuk kepada rusuhan di Penjara La Modelo di Bogota pada 2002 yang menyebabkan 23 banduan mati.

Rusuhan penjara yang membawa maut bukan perkara luar biasa di Amerika Latin. Di negara jiran Colombia, Ecuador, hampir 400 banduan terbunuh dalam enam rusuhan sejak awal 2021.

Menurut INPEC, Sistem Penjara Colombia mempunyai kapasiti untuk 97,000 banduan, tetapi lebihan banduan sekitar 16,000 orang.

Sementara itu, Penjara Tulua mempunyai lebihan banduan sebanyak 17 peratus. -AFP

Continue Reading

Previous: 56,000 dos vaksin Cacar Monyet dihasilkan
Next: Pilihan raya titik permulaan selesaikan krisis Myanmar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.