Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • 514 anggota, veteran ATM terima diploma RPEL, sijil PERHEBAT
  • SEMASA

514 anggota, veteran ATM terima diploma RPEL, sijil PERHEBAT

Utusan Sarawak 2 days ago
RAKAM KENANGAN… Dato’ Ts. Amir Md Noor, Mejar Jeneral Dato’ Khairul Anuar Abd Aziz dan tetamu kehormat yang lain bergambar kenangan bersama graduan ATM pada majlis Penganugerahan Diploma Kemahiran Malaysia Program Pengiktirafan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (RPEL) dan Penyampaian Sijil PERHEBAT di Dewan Suarah hari ini.

KUCHING: Seramai 514 anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menerima Diploma Kemahiran Malaysia menerusi Program Pengiktirafan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (RPEL) serta sijil daripada Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT).

Menurut Ketua Pengarah PERHEBAT, Dato’ Ts. Amir Md Noor, seramai 3,473 anggota ATM telah berjaya menamatkan Latihan Peralihan di seluruh negara setakat tahun ini.

“Seramai 514 anggota dan veteran ATM telah berjaya menerima penganugerahan Diploma Kemahiran Malaysia menerusi program R-PEL hasil kerjasama erat dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

“Usaha ini adalah bagi melengkapkan bakal pesara ATM dengan kemahiran serta pemikiran yang betul untuk menghadapi dunia awam dan membina kerjaya kedua yang bermaruah,” katanya pada majlis Penganugerahan Diploma Kemahiran Malaysia Program Pengiktirafan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (RPEL) dan Penyampaian Sijil PERHEBAT di Dewan Suarah di sini, hari ini.

KOPERAL Raymon Brawie menerima sijil PERHEBAT pada Program Recognition of Prior Experiential Learning (R-PEL) serta sijil daripada PERHEBAT dalam satu majlis penganugerahan yang berlangsung di Dewan Suarah Kuching, hari ini.

Beliau turut menegaskan PERHEBAT komited untuk terus bekerjasama dengan pelbagai pihak industri dalam menyediakan peluang latihan dan pekerjaan kepada kumpulan sasar, demi kesejahteraan bersama.

Sementara itu, Panglima Divisyen Pertama Infantri (1 Div) Mejar Jeneral Datuk Khairul Anuar Abd Aziz  memuji usaha PERHEBAT dalam membimbing bakal pesara tentera membina masa depan yang lebih cerah selepas tamat perkhidmatan.

Beliau berkata, kajian menunjukkan bahawa pada 2023, seramai 72.3 peratus veteran ATM berjaya mendapatkan pekerjaan, manakala 65.4 peratus daripada mereka menceburi bidang keusahawanan dan bekerja sendiri.

PARA graduan menunggu giliran menerima sijil PERHEBAT.

Beliau menggesa agar lebih banyak syarikat swasta tampil menyediakan peluang pekerjaan kepada veteran ATM, selaras dengan usaha kerajaan memperkasa kehidupan pascaperkhidmatan anggota tentera.

“PERHEBAT juga telah melaksanakan pelbagai inisiatif seperti program pensijilan R-PEL dan Program Usahawan Veteran ATM (PUVET ATM) bagi memperkukuh kemahiran dan peluang keusahawanan dalam kalangan veteran,” katanya.

Oleh Norman B

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Honda Malaysia panggil semula 87,490 unit kenderaan susulan isu pam bahan api
Next: AI dan media sosial, cabaran baharu wartawan jenayah pastikan berita tepat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.