Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 51 cedera, Jepun berwaspada risiko gempa susulan
  • GLOBAL

51 cedera, Jepun berwaspada risiko gempa susulan

Utusan Sarawak 19 hours ago
SEBUAH kenderaan terhenti di tepi jalan raya yang runtuh di bandar Tohoku, Wilayah Aomori pada Isnin lalu susulan gempa bumi berukuran magnitud 7.5 di utara Jepun. Gempa kuat di utara Jepun itu menyebabkan sekurang-kurangnya 51 cedera, merosakkan jalan raya dan meninggalkan ribuan orang tanpa bekalan elektrik dalam suhu sejuk membeku. Foto AFP

TOKYO, Jepun: Jumlah mangsa yang cedera susulan gempa bumi berukuran magnitud 7.5 yang melanda negara itu Isnin lalu meningkat kepada 51, menurut pihak berkuasa hari ini.

Peningkatan angka itu diumumkan selepas amaran dikeluarkan mengenai kemungkinan berlakunya satu lagi gegaran lebih kuat dalam beberapa hari akan datang.

Gempa yang berpusat di luar pesisir wilayah utara Aomori itu menggegarkan bangunan, merosakkan jalan raya, memecahkan tingkap serta mencetuskan ombak tsunami setinggi 70 sentimeter.

Agensi Pengurusan Kebakaran dan Bencana Jepun memaklumkan bahawa jumlah mangsa cedera telah meningkat daripada 30 yang dilaporkan Perdana Menteri sehari sebelumnya.

Sementara itu, Agensi Meteorologi Jepun (JMA) semalam mengeluarkan satu nasihat khas yang jarang diumumkan, memberi amaran bahawa gempa bumi bersaiz sama atau lebih besar berkemungkinan berlaku dalam tempoh seminggu.

“Berdasarkan kejadian gempa bumi ini, kemungkinan berlakunya satu lagi gempa bumi berskala besar di kawasan terlibat telah meningkat berbanding kebiasaan,” menurut JMA, menjadikan ini kali kedua agensi itu mengeluarkan amaran seumpama itu.

“Jika berlaku gempa bumi besar, tidak mustahil kawasan tersebut dilanda tsunami besar atau mengalami gegaran kuat,” tambahnya.

Media tempatan melaporkan kebarangkalian berlakunya gempa susulan besar dianggarkan satu dalam 100 dalam tempoh tujuh hari.

Amaran itu meliputi kawasan Sanriku di timur laut pulau utama Honshu serta pulau Hokkaido di utara, kedua-duanya menghadap Lautan Pasifik.

Pada Ogos 2024, JMA pernah mengeluarkan nasihat khas pertama melibatkan pesisir selatan Jepun berikutan kebimbangan terhadap potensi ‘megagempa’ di sepanjang Nankai Trough—parit dasar laut sepanjang 800 kilometer di mana plat Lautan Filipina sedang menyusup di bawah plat benua Jepun.

Menurut kerajaan Jepun, gempa bumi besar di Nankai Trough dan tsunami susulan berpotensi meragut sehingga 298,000 nyawa dan menyebabkan kerosakan bernilai sehingga AS$2 trilion.

Nasihat JMA pada tahun lalu ditarik balik selepas seminggu, namun ia telah mencetuskan pembelian panik barangan asas seperti beras dan menyebabkan sebahagian pelancong membatalkan tempahan hotel.

Dalam perkembangan berkaitan, ahli geologi Kyle Bradley dan Judith A. Hubbard menjelaskan bahawa tiada kaedah untuk meramalkan sama ada gempa kuat akan disusuli dengan gegaran yang sama kuat atau lebih besar.

“Sebaliknya, kita bergantung kepada data sejarah yang menunjukkan hanya sedikit gempa bumi besar diikuti oleh kejadian yang lebih dahsyat,” kata mereka dalam buletin Earthquake Insights.

“Ia boleh berlaku, namun jarang sekali. – AFP

Continue Reading

Previous: Dua peserta Ratu Cantik Perancis disingkir susulan menghina peserta lain
Next: Maghribi: Angka korban runtuhan bangunan meningkat kepada 22

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.