Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 5,000 pengunjung meriahkan sambutan Tahun Baharu Cina peringkat Sarawak 2026
  • TEMPATAN

5,000 pengunjung meriahkan sambutan Tahun Baharu Cina peringkat Sarawak 2026

Utusan Sarawak 2 hours ago
RAKAM KENANGAN… Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bergambar kenangan bersama kenamaan lain pada sambutan Tahun BaharuCina Peringkat Sarawak 2026 di BCCK, hari ini. Foto UKAS

KUCHING: Sambutan Tahun Baharu Cina peringkat Sarawak 2026 di Dewan Utama, Pusat Borneo Konvensyen Kuching (BCCK) , hari ini dijangka menghimpunkan kira-kira 5,000 pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, bersama isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, serta kenamaan lain.

TUN Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama kenamaan negeri menggaul yee sang sebagai simbol doa kemakmuran, kesejahteraan dan perpaduan. Foto UKAS

Sambutan yang penuh warna-warni itu menampilkan persembahan tarian singa dan naga, paluan gendang kebudayaan serta upacara menggaul yee sang sebagai simbol doa kemakmuran, kesejahteraan dan kejayaan berterusan buat Sarawak.

KEHADIRAN pengunjunga menambahkan kemeriahan sambutan Tahun Baharu Cina.

Kehadiran ribuan pengunjung jelas menggambarkan semangat perpaduan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negeri ini, sekali gus membuktikan bahawa perayaan utama sentiasa menjadi platform memperkukuh hubungan silaturahim serta persefahaman antara komuniti.

Kerajaan negeri komited memastikan setiap perayaan diraikan secara inklusif dan penuh muhibah sebagai lambang kestabilan serta kemajuan Sarawak.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Amar Fadillah Yusof bersama isteri Datin Amar Ruziah Mohd Tahir, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah bersama isteri Datin Amar Doreen Mayang dan Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian bersama isteri Datin Amar Enn Ong Siok Ean, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki bersama isteri Datin Amar Baduyah Bujang serta Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Dato Wee Hong Seng, dan ketua-ketua jabatan.

Oleh Shikin Mahmud dan Adele Rissa

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Penduduk Kampung Sungai Mata nikmati bekalan air bersih melalui dua tangki perintis
Next: ICQS Serikin dijangka siap 2028, pacu Bau sebagai pintu masuk strategik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.