Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pastikan bekalan makanan, keperluan asas cukup
  • Utara
  • WILAYAH

Pastikan bekalan makanan, keperluan asas cukup

Utusan Sarawak 4 months ago
TINJAU… Dato Sri John Sikie Tayai meninjau keadaan mangsa banjir di PPS Dewan SMK Tatau dan memastikan keperluan asas mereka mencukupi.

TATAU: Kerajaan Sarawak terus komited dalam menangani situasi banjir di Daerah Tatau dengan memastikan bekalan makanan dan keperluan asas mencukupi bagi mangsa yang terjejas.

Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Dato Sri John Sikie Tayai yang mengadakan lawatan ke PPS Dewan SMK Tatau semalam berkata, kerajaan komited dalam memastikan kebajikan penduduk terjejas terus dijaga.

“Beberapa kawasan di Daerah Tatau ini terputus hubungan walaupun mereka tidak dipindahkan ke PPS, di mana rumah mereka tidak banjir tetapi mereka terputus hubungan.

“Kawasan-kawasan ini termasuk di Nanga Tau dan Penyarai. Setakat ini, di kedua-dua kawasan tersebut lebih kurang 13,871 kg atau 1,067 pek makanan telah dihantar ke kawasan tersebut melalui Perkhidmatan Helikopter Pasukan Gerakan Udara (PGU) PDRM,” katanya.

Selain menggunakan helikopter, penghantaran bantuan turut dilaksanakan melalui jalan sungai dan daratdengan kerjasama JKM, Pejabat Daerah Tatau, IPD Tatau, PPD Tatau/Sebauh, BDA, dan APM.

Setakat jam 4.00 petang semalam 2,143 pek makanan telah dihantar ke kawasan terjejas seperti Ulu Anap, Kakus, Penyarai, Nanga Tau, Sungai Sap Kakus dan Annau.

Sementara itu, Timbalan Residen Bintulu, Abang Zainudin Abang Turkey berkata, pihaknya sentiasa memantau keadaan dan bersiap siaga untuk menangani keperluan di PPS.

“Kita sentiasa pastikan keperluan asas seperti makanan dan logistik sentiasa mencukupi di setiap PPS.

“Kita juga akan membantu dengan kadar segera contohnya kalau ada keperluan logistik atau kalau ada keperluan menggunakan helikopter yang terputus secara ‘total’,” katanya.

Dalam lawatannya, Dato Sri John Sikie turut meninjau kawasan yang terjejas termasuk Muput, Kampung Dagang, dan Kampung Baru Tatau, selain meluangkan masa menyantuni mangsa di PPS SMK Tatau.

PPS tersebut menempatkan 662 mangsa banjir dari Kampung Dagang Tatau, Kampung Baru Tatau, dan Kampung Seberang Tatau, serta 38 mangsa tanah runtuh dari Rumah Cherurai dan Rumah Gumbang.

Sementara itu, PPS Rumah Steven Jeli di Muput yang beroperasi selama 10 hari sejak 23 Januari telah ditutup.
Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: BBP Sibu Jaya bantu pesakit obesiti
Next: Raikan perayaan bersama cerminkan kekukuhan perpaduan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.