Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 500 SEKOLAH TERIMA RASPBERRY PI
  • TEMPATAN

500 SEKOLAH TERIMA RASPBERRY PI

Utusan Sarawak 4 years ago

SIBU, Aug 11 -- Assistant Minister of Education, Science and Technological Research Sarawak Dr Annuar Rapaee (second, left) joins 22 headmasters in Selangau district listening to a briefing on Raspberry Pi computers at Dewan Penghulu Balang in Sekuau today. --fotoBERNAMA (2021) COPYRIGHTS RESERVED

TAKLIMAT… Dr. Annuar Rapa’ee ketika diberi taklimat tentang komputer Raspberry Pi.

SELANGAU: Sekitar 500 sekolah rendah di Sarawak telah menerima komputer Raspberry Pi, setakat ini.

Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi, Dr Annuar Rapaee berkata, proses pengagihan komputer tersebut telah dijalankan di Serian, Bau, Kapit dan kini di Bahagian Sibu, seterusnya ke seluruh bahagian di Sarawak.

“Kita berusaha untuk menyelesaikan pengagihan komputer tersebut kepada 1,265 sekolah rendah secara keseluruhan di seluruh Sarawak secara pada Disember tahun ini.

“Jumlah komputer yang diagihkan adalah bergantung kepada jumlah pelajar. Ada sekolah yang menerima lima dan ada yang menerima sehingga 25 set Raspberry Pi Computer,” jelasnya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Ringkas Pengagihan Komputer Raspberry Pi di Dewan Masyarakat Skim Sekuau, semalam.

Dr Annuar yang juga Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam memberitahu, komputer Raspberry bukan seperti komputer biasa, ia boleh digunakan sebagai ‘router’, intranet dan digunakan untuk pembelajaran awal teknologi digital.

“Saya rasa inilah yang amat penting untuk para pelajar yang kita dedahkan daripada peringkat awal untuk mendapatkan pengetahuan di bidang teknologi, komunikasi dan maklumat (ICT),” ujarnya.

Oleh AKUN GIMAN

Continue Reading

Previous: 300 bakul makanan untuk KRT Sebauh
Next: Permit masih perlu untuk rentas daerah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.