Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 500 Rumah Mesra Rakyat sedia di Sarawak pada 2026
  • TEMPATAN

500 Rumah Mesra Rakyat sedia di Sarawak pada 2026

Utusan Sarawak 7 hours ago
TINJAU… Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man (empat dari kanan) semasa meninjau keadaan salah sebuah Rumah Mesra Rakyat yang telah siap dibina di sekitar Parlimen Miri hari ini. 

MIRI: Lebih ramai rakyat Sarawak berpeluang memiliki kediaman sendiri apabila Kerajaan MADANI menyediakan 500 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) di seluruh negeri itu pada 2026, kata Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man.

Beliau berkata program RMR merupakan antara inisiatif penting kerajaan dalam memastikan golongan berpendapatan rendah dapat menikmati kediaman yang selesa, selamat dan berkualiti.

“Usaha ini mencerminkan keprihatinan Kerajaan MADANI dalam meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat, khususnya di peringkat akar umbi,” katanya semasa mengadakan lawatan ke beberapa unit Rumah Mesra Rakyat yang telah siap dibina di sekitar Parlimen Miri hari ini.

TINJAU… Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man (empat dari kanan) semasa meninjau keadaan salah sebuah Rumah Mesra Rakyat yang telah siap dibina di sekitar Parlimen Miri hari ini. 

Lawatan  turut disertai pegawai daripada Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Menurut Chiew, antara kawasan yang terlibat ialah Kuala Baram, Tudan, Piasau Utara dan Pulau Melayu, manakala penduduk di Taman Hilltop pula akan menerima rumah selepas urusan penyediaan tapak dan pembinaan selesai.

Beliau berkata lawatan itu bertujuan memastikan rumah yang dibina memenuhi spesifikasi ditetapkan selain memberi peluang kepada pihaknya mendengar maklum balas dan keperluan penerima.

Setiap unit Rumah Mesra Rakyat dibina mengikut pelan standard yang merangkumi ruang tamu, dapur, tiga bilik tidur dan dua bilik mandi, katanya.

Dalam pada itu, Chiew memaklumkan harga binaan sebuah Rumah Mesra Rakyat adalah sekitar RM75,000 selepas menerima subsidi kerajaan sebanyak RM20,000.

“Pemohon hanya perlu membayar RM300 sebulan tanpa sebarang faedah, dengan tempoh bayaran antara 16 hingga 25 tahun,” katanya.

Beliau turut menggalakkan orang ramai yang memenuhi syarat kelayakan untuk memohon program berkenaan, antaranya warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas, berpendapatan isi rumah antara RM750 hingga RM5,000 serta tidak memiliki rumah sendiri atau memiliki rumah usang.

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web rasmi rmr.spnbonline.com.my.

Orang ramai yang memerlukan maklumat lanjut atau bantuan berkaitan permohonan boleh menghubungi Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Miri di talian 012-8520946 atau hadir ke pejabat pusat khidmat berkenaan di Jalan Pujut, Miri.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Dato Wee gesa penyelarasan lebih kukuh di Taman Perindustrian Sama Jaya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.