Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 500 kampit beras percuma untuk orang ramai sempena Hari Wesak di Batu Niah
  • Utara
  • WILAYAH

500 kampit beras percuma untuk orang ramai sempena Hari Wesak di Batu Niah

Utusan Sarawak 3 hours ago
BERAS PERCUMA… Sebanyak 500 kampit beras akan diagihkan kepada orang ramai secara percuma oleh Persatuan Buddha Malaysia Cawangan Sarawak di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chee Mung, Batu Niah pada 24 Mei ini.

BEKENU: Sebanyak 500 kampit beras akan diagihkan kepada orang ramai secara percuma oleh Persatuan Buddha Malaysia Cawangan Sarawak di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chee Mung, Batu Niah pada 24 Mei ini.

Pengagihan itu merupakan anjuran Persatuan Buddha Malaysia Cawangan Sarawak dengan kerjasama Persekutuan Persatuan Buddha Sarawak sempena sambutan Hari Wesak 2026.

Bekas Pengerusi Pertubuhan Penganut Agama Buddha Batu Niah, Kaunselor Chong Tet Fat berkata, program agihan beras sempena sambutan Hari Wesak 2026 sebagai salah satu aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan kepada golongan memerlukan.

“Sebanyak 500 kampit beras telah disediakan dan pengagihan berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat sehingga stok habis.

SELAMAT HARI WESAK 2026… Aktiviti yang dijalankan oleh para ahli penganut Buddha ketika menyambut Hari Wesak 2026 di Bangunan Pertubuhan Penganut Agama Buddha di Batu Niah baru-baru ini.

“Program amal bersempena Tahun Buddha 2570 itu akan berlangsung pada 9.00 pagi di Gelanggang Bola Keranjang SJK Chee Mung Batu Niah yang turut dijadikan kawasan parkir bagi memudahkan orang ramai hadir,” katanya yang dihubungi Utusan Sarawak hari ini.

Sementara itu, penyelaras program, Survana Bong berkata, aktiviti bertemakan

‘Menyebarkan Kebajikan, Memberi Manfaat Kepada Semua Makhluk’ itu menekankan nilai kasih sayang, kemurahan hati serta amalan bersedekah dalam kehidupan bermasyarakat.

“Penganjur berharap program tersebut dapat membantu meringankan beban golongan yang memerlukan selain menyemarakkan semangat perpaduan, keprihatinan dan amalan kebajikan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum dan agama di negeri ini,” katanya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai program berkenaan boleh menghubungi penyelaras program, Survana Bong di talian 016-8887849.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Perkukuh kerjasama, Pegawai Penerangan baharu kunjungi IPD Marudi
Next: Beberapa jalan utama di Bintulu ditutup sempena Larian Separuh Maraton Gawai Dayak JomRun 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.