Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 500 JALANI SARINGAN
  • TEMPATAN

500 JALANI SARINGAN

Utusan Sarawak 4 years ago
SESAK… Kelihatan orang ramai menyerbu Poliklinik di Jalan Lanang untuk tampil menjalani ujian saringan Covid-19 semalam.

SIBU: Dianggarkan seramai 500 yang telah menghadiri upacara pengebumian salah seorang penduduk Rumah Langi, Pasai Siong Tengah hadir menjalani saringan Covid-19 di Klinik Kesihatan Lanang dan Klinik Kesihatan Sibu Jaya semalam.

Pegawai Kesihatan Bahagian Sibu,Dr.Teh Jo Hun berkata, daripada jumlah
itu lebih 300 orang menjalani saringan di Klinik Kesihatan Lanang dan lebih 140 orang lagi menjalani saringan di Klinik Kesihatan Sibu Jaya.

“Mereka datang secara sukarela dan sambutan menggalakkan manakala masa beroperasi kedua-dua klinik tersebut. Keputusan ujian tersebut dijangka dapat diketahui dalam tempoh tiga hingga empat hari,”jelasnya ketika dihubungi oleh pemberita petang semalam.

Beliau memberitahu, masa operasi klinik kesihatan tersebut dibuka bermula 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari, semalam.

“Pada 11 hingga 15 Januari kedua-dua klinik itu akan dibuka bermula 8.00 pagi hingga 4.30 petang,” ujarnya.

Dr. Teh turut menasihatkan mereka yang diarah menjalani kuarantin di rumah perlu mengamalkan sepenuhnya amalan isolasi dan sentiasa memakai pelitup muka.

“Sekiranya ada yang didapati positif Covid-19 mereka akan dimasukkan ke wad Hospital Sibu untuk rawatan lanjut,” ujarnya lagi.

Oleh AKUN GIMAN

Continue Reading

Previous: 122 penduduk miliki rumah idaman
Next: Elak pembelian panik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.