Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 50 peserta sertai Kursus Asas Kemahiran Seni Kraftangan Sarawak di Sibu
  • Tengah
  • WILAYAH

50 peserta sertai Kursus Asas Kemahiran Seni Kraftangan Sarawak di Sibu

Utusan Sarawak 6 hours ago
RAKAM KENANGAN… Penganjur bersama peserta bergambar kenangan selepas Kursus Asas Kemahiran Seni Kraftangan Sarawak.

SIBU: Seramai 50 peserta menyertai Kursus Asas Kemahiran Seni Kraftangan Sarawak yang berlangsung pada 11 dan 12 September lepas di Kompleks Islam Sibu.

Program anjuran Kenyalang Skill Center dengan sokongan Tabung Baitulmal Sarawak itu bertujuan memperkukuh kemahiran serta memupuk keharmonian masyarakat berbilang kaum.

Sepanjang dua hari penganjuran, peserta diberi pendedahan teori mengenai potensi pasaran kraf tangan, strategi pemasaran, penjenamaan produk, pengurusan kos dan harga serta peluang dalam bidang berkenaan.

SEKITAR berlangsungnya Kursus Asas Kemahiran Seni Kraftangan Sarawak pada 11 dan 12 September lalu di Kompleks Islam Sibu.

Peserta turut didedahkan dengan kemahiran asas jahitan Tekuyong Buriek pada hari pertama, manakala hari kedua memberi tumpuan kepada asas anyaman bakul menggunakan tali PVC atau plastik.

Tenaga pengajar kursus itu, Lydia Bajok, berkata pengalaman berkongsi ilmu dengan peserta amat bermakna kerana ia menjadi wadah untuk mempererat kefahaman antara masyarakat pelbagai kaum.

“Saya bukan sahaja menyampaikan latihan praktikal, tetapi turut memberi pendedahan teori serta memupuk semangat peserta dalam bidang keusahawanan untuk membantu mereka menjana pendapatan,” katanya.

Beliau dibantu Cynthia Chemau Taboh yang memainkan peranan penting dalam membimbing peserta sepanjang sesi.

Program itu merupakan inisiatif Tabung Baitulmal Sarawak dengan kerjasama Kenyalang Skill Center sebagai penyelaras dan pelaksana bagi memperluas peluang pembelajaran kepada komuniti setempat.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: JKR ambil tindakan segera baiki jalan berlubang di Lebuh Raya Pan Borneo KM877
Next: Institut Latihan KKM Sibu anjur kempen derma darah esok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.