Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 50 penerima terima sumbangan Ragad
  • TEMPATAN

50 penerima terima sumbangan Ragad

Utusan Sarawak 4 years ago
PENYERAHAN… Toh Puan Ragad Kurdi Taib menyerahkan geran Kerajaan Sarawak kepada wakil salah satu pertubuhan NGO pada Majlis Jalinan Kasih di Miri.

MIRI: Isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Ragad Kurdi Taib menyampaikan sumbangan kepada 50 penerima daripada kumpulan asnaf sempena Majlis Jalinan Kasih di sini, semalam.

Setiap penerima menerima sumbangan berupa barangan keperluan asas dan sejumlah  wang tunai.

Sumbangan ini bertujuan meringankan beban golongan kurang bernasib baik dan  terkesan akibat pandemik Covid-19.

Sementara itu, Toh Puan Ragad turut menyerahkan cek sumbangan kepada lima Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang masing-masingnya menerima RM5,000.

Lima NGO tersebut ialah Persatuan Paliatif Miri, Miri Welfare Generation Cross Over  Society Miri, Urusetia Saudara Kita Bahagian Miri, Pusat Care Miri dan Doh Kayan Telang Usan.

Beliau turut menyampaikan simbolik penyampaian geran Kerajaan Sarawak kepada empat Program Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) iaitu PPDK Miri, PPDK Sunflower, PPDK Morsjaya dan PPDK Eda Beran Long Laput melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak.

Pada majlis sama, beliau turut menyampaikan 108 kotak pelitup muka kepada  Persatuan Wanita Doh Kayan Telang Usan (DKTU) yang diserahkan kepada wakil persatuan DKTU, Georgina Usun.

Turut hadir, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Dato Sri Fatimah Abdullah dan Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Datuk Rosey Yunus.

Continue Reading

Previous: PELIHARA KESEIMBANGAN HUTAN
Next: SOP pilihan raya:Penentu peratusan undi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.