Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 50 Ketua Kaum, Ketua Masyarakat hadiri Bengkel Adat Iban 1993
  • TEMPATAN

50 Ketua Kaum, Ketua Masyarakat hadiri Bengkel Adat Iban 1993

Utusan Sarawak 5 years ago
KENANGAN… Peserta bengkel yang terdiri daripada Ketua Kaum dan Ketua Masyarakat Daerah Tatau merakam gambar sebagai kenangan.

BINTULU: Seramai 50 Ketua Kaum termasuk Ketua Masyarakat dari Daerah Tatau menghadiri Bengkel Adat Iban 1993.

Pemancha Daerah Tatau, Geronsen Jubin berkata, bengkel tersebut bertujuan memberikan ilmu pengetahuan berhubung Adat Iban khususnya untuk pemimpin akar umbi.

“Bengkel atau seminar ini memberi banyak manfaat kepada ketua kaum dalam usaha memimpin sesebuah rumah panjang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa majlis penutupan bengkel tersebut di salah sebuah hotel terkemuka di bandar ini.

Bengkel tersebut diadakan berkaitan dengan Adat Iban 1993 termasuk Adat Berumah dan Berkebun, Adat Pemati dan Tebalu, Adat Belaki Bebini dan lain lain yang berkaitan dengan Adat Iban 1993.

Menurutnya, dengan bengkel tersebut juga akan memantapkan lagi pentadbiran dan peranan mereka sebagai ketua rumah panjang.

“Nilai, budaya, peraturan dan gaya hidup diselami dalam membantu kemudahan asas pengetahuan mereka sebagai seorang pemimpin,” katanya.

Sehubungan itu beliau berharap bengkel seumpama itu akan diteruskan pada masa akan datang dengan melibatkan lebih ramai lagi penyertaan.

Turut hadir Ketua Majlis Adat Istiadat Sarawak Datu Ronnie Edward dan Pegawai Tadbir Daerah Tatau Winnie anak Dian.

Continue Reading

Previous: Fatimah ketuai Mesyuarat Ahli MPSS
Next: 195 pemilik tanah terima surat pengesahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.