50 asnaf dapat sumbangan Krismas, 46 pelajar terima bantuan pendidikan di Lundu

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
UNTUK ALBUM… Azizul Annuar Adenan merakamkan gambar bersama penerima bantuan kepada pelajar IPT.

LUNDU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan telah menyalurkan bantuan kepada seramai 50 orang asnaf dan 46 pelajar di konstituensinya, baru-baru ini.

Menurutnya, 46 pelajar tersebut telah menerima surat tawaran pendidikan daripada institut pendidikan tinggi (IPT).

Surat tawaran pendidikan IPT menurutnya sama ada ijazah, diploma atau asasi, bantuan akan tetap diberikan untuk meringankan beban ibu bapa.

“Kerajaan Sarawak bakal memberi bantuan pendidikan untuk pelajar Sarawak yang melanjutkan pelajaran ke IPT di seluruh negara dalam bentuk duit poket sebanyak RM1,200 untuk setiap pelajar.

“Komputer riba percuma juga diberikan sebagai teknologi asas yang diperlukan dalam pembelajaran mereka agar dapat belajar dengan lebih selesa dengan kemudahan yang ada,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian Bantuan Ke IPT Siri 2 dan Sumbangan Asnaf sempena Krismas 2024.

Sementara itu, seramai 50 orang daripada golongan asnaf telah menerima sumbangan bersempena sambutan perayaan Krismas yang menjelang tiba.

Sehubungan itu, beliau berharap sumbangan tersebut sedikit sebanyak akan meringankan beban masyarakat Kristian yang merayakan sambutan Krismas.

Turut hadir, Pegawai Daerah Lundu Awang Yusup Awang Mustapha dan Setiausaha Majlis Daerah Lundu Norashikin Brahim.

Semangat cintakan Sarawak terus diperkasa

MIRI: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Miri menyemarakkan sambutan Hari Sarawak dengan mengedarkan bendera Sarawak kepada orang ramai di sekitar Marina

Sifat takabur racun hati yang membinasakan

SIFAT takabur atau sombong merupakan antara penyakit hati yang paling berbahaya dalam Islam. Sifat ini bukan sahaja mencemarkan keperibadian seseorang,