Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • 5 mangsa bot karam dikenal pasti
  • KEMALANGAN

5 mangsa bot karam dikenal pasti

Utusan Sarawak 20 hours ago
Suasana hiba di sekitar Pantai Belawai pagi ini.

TANJUNG MANIS: Lima mangsa bot karam di Pantai Belawai yang ditemukan pagi ini sudah dikenal pasti – semuanya lelaki dewasa warga Indonesia.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata mangsa dijumpai di tiga lokasi berasingan antara jam 6.50 pagi dan 8.30 pagi ini.

Mangsa pertama dikenali sebagai Asbar ditemukan di Muara Belawai pada jam 6.50 pagi oleh orang awam.

Orang awam turut menemukan mangsa kedua, Resky Adrian pada jam 7.55 pagi, manakala mangsa ketiga, Muhammad ditemukan pada jam 8.10 pagi di tempat sama.

Mangsa keempat, Rabanai Rabai pula ditemui berasingan di Simpang Sungai Pinang, Belawai pada jam 7.50 pagi.

Mangsa kelima dikenali sebagai Ardy ditemukan oleh pasukan Pengawal Pantai di Muara Sungai Selumit pada jam 8.30 pagi.

Kemalangan itu berlaku petang Sabtu lalu apabila bot fiber membawa 16 warga Indonesia bersama pemandu tempatan, karam.

Mereka berlepas dari Pantai Belawai setelah membeli bekalan makanan untuk balik ke tempat kerja mereka di ladang seberang Kampung Belawai.

Pada hari pertama, empat mangsa ditemukan meninggal dunia iaitu dua wanita dewasa dan dua orang kanak-kanak lelaki dan perempuan.

Mayat kanak-kanak lelaki ditemukan pada kira-kira jam 6 petang semalam.

Dalam tragedi itu, tujuh orang selamat.

Berita lanjut menyusul

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Terkini: Semua 5 mayat mangsa bot karam di Belawai ditemukan
Next: Kemaskini: Bot karam bawa lebihan muatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.