Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 4,800 ahli PSB keluar parti, sokong GPS
  • PRU-15
  • WILAYAH

4,800 ahli PSB keluar parti, sokong GPS

Utusan Sarawak 3 years ago

ADUN Kabong, Mohd Chee Kadir menyerahkan baju GPS kepada bekas Ketua PSB Kabong, Wan Mohammad Madehi Wan Ali.

KABONG: Seramai 4,800 ahli Parti Sarawak Bersatu (PSB) Cawangan Kabong mengumumkan keluar daripada parti pembangkang itu untuk menyokong Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Bekas Ketua PSB Kabong, Wan Mohammad Madehi Wan Ali berkata keputusan itu dibuat bagi memberikan sokongan kepada calon GPS Parlimen Saratok, Giendam Johnathan Tait pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Katanya, hanya GPS yang mampu membawa perpaduan, pembangunan dan kemakmuran kepada penduduk di negeri ini.

“Saya meminta kepada semua rakyat untuk bersama-sama memperjuangkan hak negeri ini demi menggerakkan Sarawak ke depan yang lebih cerah.

“Saya ingin menekankan bahawa perpaduan adalah kekuatan. Justeru, saya memutuskan untuk keluar daripada PSB dan menyokong GPS,” katanya pada sidang media majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan LAKIN Nyabor, di sini semalam.

Turut hadir pada majlis itu ialah Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) Dato Sri Tiong King Sing, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir, ADUN Krian, Friday Belik, ADUN Kalaka, Mohamad Duri dan Calon GPS Parlimen Saratok, Giendam Johathan Tait.

Jonathan berdepan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mewakili Perikatan Nasional (PN), Datuk Ali Biju yang mempertahankan kerusi Saratok dan calon Bebas, Ibil Jaya (Bebas).

Wan Mohammad meminta penduduk di Parlimen Saratok supaya memberi sokongan padu kepada calon GPS Parlimen Saratok, 19 November nanti.

Pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN-12) Disember lalu, Wan Mohammad Madehi bertanding kerusi DUN Kabong tiket PSB dan tewas.

Oleh ADI SAFARMAN

Continue Reading

Previous: Pengundi Cina bersama GPS Parlimen Petra Jaya
Next: Janji tangani pelbagai masalah di Bandar Raya Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.