Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 48 warga SK Nanga Semawang sertai program keselamatan kebakaran
  • Tengah
  • WILAYAH

48 warga SK Nanga Semawang sertai program keselamatan kebakaran

Utusan Sarawak 2 hours ago
ANGGOTA bomba memberi tunjuk ajar kepada murid mengenai tatacara menggunakan alat pemadam api dengan betul semasa program keselamatan kebakaran di SK Nanga Semawang. Foto BBP Bintangor

PAKAN: Seramai 48 warga Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Semawang terdiri daripada murid, murid prasekolah dan guru telah menyertai program ceramah, demonstrasi dan pameran keselamatan kebakaran semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, program tersebut bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kesedaran warga sekolah mengenai aspek pencegahan kebakaran serta tindakan yang perlu diambil ketika berdepan situasi kecemasan.

Katanya, ia melibatkan penyertaan 33 murid termasuk murid prasekolah dan 15 guru.

“Program ini penting bagi memastikan warga sekolah memahami langkah-langkah keselamatan kebakaran serta mampu bertindak dengan cepat dan teratur sekiranya berlaku kecemasan.

“Pendedahan melalui ceramah, demonstrasi dan latihan praktikal dapat meningkatkan tahap kesiapsiagaan serta membentuk budaya keselamatan dalam kalangan murid dan guru,” katanya ketika dihubungi.

Tambahnya, antara pengisian utama program ialah ceramah pencegahan keselamatan kebakaran, demonstrasi pengendalian kebakaran dapur dan tatacara menggunakan alat pemadam api.

ANTARA aktiviti yang dijalankan sepanjang program. Foto BBP Bintangor

“Peserta turut mengikuti demonstrasi pemadaman kebakaran dan latihan pengungsian bangunan bagi memberi pendedahan mengenai prosedur pemindahan yang selamat ketika berlaku kecemasan.

“Aktiviti Bomba Cilik yang diadakan turut mendapat sambutan menggalakkan daripada murid prasekolah kerana memberi peluang kepada mereka mengenali dengan lebih dekat peranan dan tanggungjawab anggota bomba.

“Selain itu, pasukan bomba turut menghapus bahaya kebakaran (MBK) di sekolah tersebut,” katanya.

SERAMAI 48 murid, murid prasekolah dan guru SK Nanga Semawang menyertai program ceramah, demonstrasi dan pameran keselamatan kebakaran yang dikendalikan BBP Bintangor. Foto BBP Bintangor

Katanya, usaha berterusan melalui pendidikan dan latihan mampu melahirkan masyarakat yang lebih peka terhadap aspek keselamatan, sekali gus membantu mengurangkan risiko kehilangan nyawa dan kerugian harta benda akibat kebakaran.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: George Lam gesa MBKS segera tangani masalah tikus, kebersihan di Pusat Penjaja Kenyalang
Next: Belia digesa terus warisi budaya dan bangunkan komuniti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.