Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 48 rumah panjang, biro wanita dan pertubuhan terima peruntukan MRP
  • Utara
  • WILAYAH

48 rumah panjang, biro wanita dan pertubuhan terima peruntukan MRP

Utusan Sarawak 5 hours ago
TERIMA KASIH…Datuk Dr Penguang Manggil menyampaikan cek MRP kepada TR Joshua Sg Mallang.

BELURU: Sejumlah RM581,500 peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) diagihkan kepada 48 rumah panjang, biro wanita dan pertubuhan lain yang masing-masingnya menerima RM10,000 dan RM5,000.

Penyerahan peruntukan MRP tersebut disempurnakan Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Dr Penguang Manggil di Bilik Mesyuarat, Pusat Khidmat Cawangan Beluru semalam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi menekankan kepentingan penduduk kampung menjaga alam sekitar dan persekitaran dengan membuang sampah di tempat yang dikhususkan dan mengasingkan sampah yang boleh dikitar semula serta sisa buangan dapur.

Penguang juga berpesan supaya penduduk sentiasa bergotong-royong untuk membersihkan persekitaran kampung masing-masing.

Selain itu beliau juga mengingatkan kepentingan untuk mengekalkan integriti yang tinggi dalam pengurusan duit Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan memastikan peruntukan JKKK digunakan untuk kegunaan bersama penduduk rumah panjang.

PESANAN… Datuk Dr Penguang Manggil menyampaikan amanat kepada tuai rumah panjang dan JKKK sebelum sesi penyerahan cek MRP.

Dalam pada itu antara penerima yang menerima peruntukan MRP ialah Rh Ngumbang Sg Laong Atas, Rh Jampang Sg Tapang Peking, Rh Dandi Sg Laong Atas, Rh Rizaldy Sg Lutong Baru, Gereja RC Lapok, Gereja RC Beluru, Gereja RC Long Jegan, Masjid Al-Munir Beluru, Rh Douglas Bungan Sg Temat Bain, Rh James Ugil Sg Nakat Bukit Song, Rh Dusit Sg Laong Asal, Rh Egang Sg Selepin, Rh Kara Sg Nat Bukit Samling, Rh Suring Sg Bain, Rh Labo Sg Seputi, Biro Wanita Rh Abok Ulu Teru, Rh Julau Sg Kelabit Atas, Rh Rantai Melanyi, Sg Kelabit, Biro Wanita Rh Engga Bajeng Sg Marroy Peking, Biro Wanita Rh Janggu, Biro Wanita Rh Jarau Long Tabing, Biro Wanita Rh Salutan Sg Seputi Bok, Biro Wanita Rh Dennis Kg Loagan Bunut dan Rh Peter Benang Sg Bakas.

Penerima lain ialah Rh  Paree Sg Embit Malang, Rh KK Ismail Long Marigam, Rh Joshua Sg Malang, Rh Amit Sg Sega Sg Lutong, Rh Apoi Sg Liam Libau, Rh Arik Sg Mallang Asal, Rh Thomas Tan Sg Temam, Rh Ubak, Sg Kelabit Atas, Rh Jackie Sg Labau Bukit Tinggi, Rh Suma Sg Biar, Rh Juliana Esah, Sg Mallang Atas, Rh Embas Bukit Song, Rh James Kaya, Sg Mallang Sanin Ulu, Rh Amie Sg Lai, Rh Baie Sg Lepong Bakong, Rh Robinson Sg Selepin Atas, Rh Saba Sg Selepin Atas, Rh Lua Sg Bakas, Rh Michael Bangat Bukit Merambun Kelabit Atas, Rh Pengabang Sg Seruas, Rh Kujat Lepong Ajai, Rh Lendy Sg Kara, Rh Linggi Sg Urong dan PIBG SK Morek Baram.

Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 48 penerima terima MRP RM581,500 di Beluru
Next: Ular lidi bersembunyi di bilik tidur berjaya ditangkap

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.