Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 48 penerima terima MRP RM581,500 di Beluru
  • Utara
  • WILAYAH

48 penerima terima MRP RM581,500 di Beluru

Utusan Sarawak 9 hours ago
 AMANAT…Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  Marudi,  Datuk Penguang Manggil menyampaikan amanat beliau semasa majlis penyerahan cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada 48 penerima  dalam satu majlis penyerahan di Bilik Mesyuarat Pusat Khidmat ADUN N76 Cawangan Beluru, hari ini.

MIRI: Seramai 48 penerima terdiri daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), rumah panjang, gereja, masjid, biro wanita serta sebuah sekolah menerima cek sumbangan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah keseluruhan RM581,500.

Cek MRP itu telah diserahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  Marudi,  Datuk Penguang Manggil, dalam satu majlis penyerahan di Bilik Mesyuarat Pusat Khidmat ADUN N76 Cawangan Beluru, hari ini.

Majlis yang bermula 12.00 tengah hari itu menyaksikan pelbagai komuniti dari kawasan Beluru dan sekitarnya menerima peruntukan bagi melaksanakan projek pembangunan, memperkasa aktiviti kemasyarakatan serta memperkukuh institusi setempat termasuk rumah panjang, gereja, masjid, biro wanita dan PIBG sekolah.

SERAH…Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  Marudi,  Datuk Penguang Manggil menyerahkan cek kepada salah seorang penerimacek Projek Kecil Luar Bandar (MRP)  dalam satu majlis penyerahan di Bilik Mesyuarat Pusat Khidmat ADUN N76 Cawangan Beluru, hari ini.

Antara penerima utama ialah Rh Ngumbang, Rh Jampang dan Rh Dandi di Sungai Laong Atas serta Sungai Tapang Peking yang masing-masing menerima RM30,000 bagi Projek Taba

Rh Rizaldy Sungai Lutong Baru pula menerima RM45,000 merangkumi Projek Taba, JKKK dan Biro Wanita.

Turut menerima sumbangan ialah Gereja RC Beluru dan Gereja RC Long Jegan masing-masing RM10,000, Masjid Al-Munir Beluru (RM10,000) serta puluhan rumah panjang lain di sekitar Beluru, Bukit Song, Kelabit, Malang, Selepin, Bakas, Seputi dan Marigam. PIBG SK Morek Baram juga menerima RM5,000 bagi menyokong aktiviti sekolah.

Dalam amanatnya, Datuk Dr Penguang menekankan kepentingan integriti tinggi dalam pengurusan peruntukan JKKK, sambil mengingatkan agar setiap sen digunakan untuk manfaat bersama penduduk rumah panjang dan komuniti setempat.

“Peruntukan ini adalah amanah. Gunakan dengan telus, berhemah dan berintegriti supaya hasilnya dapat dinikmati seluruh penduduk,” katanya.

Beliau turut menggesa penduduk kampung agar memelihara alam sekitar dan kebersihan persekitaran dengan membuang sampah di tempat yang dikhususkan, mengasingkan bahan kitar semula serta sisa dapur, selain mengamalkan budaya gotong-royong bagi memastikan kampung sentiasa bersih, selamat dan sejahtera.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: APM Lubok Antu bantu warga emas lemah anggota badan, hantar ke Klinik Kesihatan Merindun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.