Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 48 penerima terima geran MRP
  • TEMPATAN

48 penerima terima geran MRP

Utusan Sarawak 4 years ago
KENANGAN… Datuk Julaihi Narawi merakam kenangan bersama dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan Pertubuhan Bukan Kerajaan di Sebuyau selepas Majlis Penyampaian Geran MRP Kerajaan Sarawak di Dewan Masyarakat Kampung Sampat Sebangan pada Isnin.

SEBUYAU: Seramai 48 penerima terdiri daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di Sebuyau menerima geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) di sini, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi berkata, dana yang disalurkan ini bertujuan membantu pertubuhan melaksanakan aktiviti berfaedah untuk masyarakat setempat.

“Kerajaan sentiasa mengambil berat keperluan persatuan, JKKK dan NGO untuk melaksanakan aktiviti seperti yang dirancangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Penyampaian Geran MRP Kerajaan Sarawak di Dewan Masyarakat Kampung Sampat Sebangan pada Isnin.

Beliau yang juga merangkap Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan berharap agar semua penerima memanfaatkan sumbangan yang diberikan.

“Dengan adanya sumbangan seperti ini, saya berharap ia digunakan dengan sebaik mungkin dengan menjalankan aktiviti serta program kebajikan yang bersesuaian di kampung masing-masing,” ujarnya.

Dalam majlis berkenaan, beliau turut menyampaikan set komputer kepada SJK Chung Hua Sebangan.

Turut hadir, Pegawai Tadbir Sarawak Sebuyau, Ajis Ahmad, Pemanca Kawasan Sebuyau, Asli Yahya, Penghulu Masyarakat Iban Kawasan Sebangan, Merum Babu dan Penghulu Masyarakat Iban Kawasan Sebuyau, Agu Keleng.

Oleh JEAKQLEYN YACHO

Continue Reading

Previous: Urus peruntukan berhemah, telus, berintegriti
Next: 500,000 TERIMA SUNTIKAN

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.