Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • 477 peserta meriahkan Kejohanan Merentas Desa SMK Marudi
  • SUKAN

477 peserta meriahkan Kejohanan Merentas Desa SMK Marudi

Utusan Sarawak 6 hours ago
KEPUTUSAN kedudukan Kejohanan Merentas Desa SMK Marudi menyaksikan Rumah Explorer muncul sebagai johan, diikuti Rumah Challenger selaku naib johan, Rumah Achiever di tempat ketiga dan Rumah Superior di tempat keempat.

MARUDI: Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah anjuran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Marudi hari ini, merupakan salah satu aktiviti tahunan yang dilaksanakan sebagai sebahagian daripada program kecergasan serta pembangunan sahsiah pelajar.

Program ini bukan sahaja bertujuan untuk meningkatkan tahap kecergasan fizikal pelajar, malah berfungsi sebagai platform untuk mencungkil bakat dalam acara jarak jauh di samping memupuk semangat kesukanan, kerjasama serta daya juang yang tinggi dalam kalangan warga sekolah.

Selain itu, kejohanan ini turut menjadi medan pemilihan awal bagi mengenal pasti atlet berpotensi untuk mewakili sekolah ke peringkat Bahagian Miri.

ANTARA peserta daripada pelbagai kategori yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah SMK Marudi.

Dalam kejohanan tersebut, seramai 477 peserta telah mengambil bahagian dan dibahagikan kepada enam kategori, iaitu Perempuan 14 Tahun Ke Bawah (P14TKB), Lelaki 14 Tahun Ke Bawah (L14TKB), Perempuan 15 Tahun (P15), Lelaki 15 Tahun (L15), Perempuan 18 Tahun Ke Bawah (P18TKB) dan Lelaki 18 Tahun Ke Bawah (L18TKB).

Pengetua SMK Marudi, Mohammad Effendi Panglima merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Samling Group melalui Saracarbon Sdn Bhd atas kesudian bersama-sama merasmikan serta memeriahkan Kejohanan Merentas Desa SMK Marudi.

PENGETUA SMK Marudi, Mohammad Effendi Panglima, menyampaikan cenderamata kepada wakil Samling Group melalui Saracarbon Sdn Bhd, Wilfred Sedau.

Menurut beliau, kehadiran pihak berkenaan amat bermakna dalam mengukuhkan sokongan terhadap usaha serta agenda pemajuan pendidikan di sekolah.

Tambah beliau, sokongan tersebut turut memperkukuh kolaborasi dan jalinan strategik antara pihak industri dan pihak sekolah dalam meneroka peluang strategik bersama, khususnya dalam memajukan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta mendedahkan pelajar kepada konsep ekonomi hijau.

Oleh Jiku Juguong

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Tang Jie-Ee We sahkan tempat di pusingan akhir Masters Indonesia 2026 
Next: Pearly-Thinaah, Sze Fei-Nur Izzudin mara ke final Masters Indonesia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.