47 warga asing termasuk kanak-kanak ditahan di Bintulu – JIM Sarawak

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
47 WARGA asing termasuk kanak-kanak ditahan di Bintulu. Foto JIM Sarawak.

KUCHING: Jabatan Imigresen (JIM) Sarawak menahan 47 warga asing termasuk kanak-kanak, atas pelbagai kesalahan dalam operasi bersepadu dijalankan pada Rabu dan Khamis di sekitar Bintulu dan Samalaju.

JIM Sarawak menerusi satu kenyataan memaklumkan sepanjang operasi dijalankan, sebanyak enam lokasi diperiksa melibatkan rumah kongsi, rumah kediaman, flat dan premis perniagaan di kawasan sekitar bandar Bintulu.

47 WARGA asing termasuk kanak-kanak ditahan di Bintulu. Foto JIM Sarawak.

“Dalam operasi tersebut, pihak penguat kuasa telah memeriksa 59 individu, terdiri daripada warganegara asing dan tempatan.

“Hasil pemeriksaan mendapati 47 warga Indonesia telah ditahan melibatkan 40 lelaki, empat wanita dan tiga kanak-kanak perempuan, atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155),” menurut kenyataan itu.

47 WARGA asing termasuk kanak-kanak ditahan di Bintulu. Foto JIM Sarawak.

Menurut kenyataan JIM Sarawak itu, antara kesalahan dikenal pasti termasuk tinggal lebih masa dan tidak memiliki dokumen perjalanan sah di bawah Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 6(1), akta berkenaan.

“Operasi penguatkuasaan akan terus dipergiat, bagi membanteras kehadiran pendatang asing tanpa izin serta memastikan pematuhan undang-undang imigresen sentiasa dipatuhi, demi keselamatan dan ketenteraman awam,” menurut kenyataan itu. – Bernama