Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 47 PATI ditahan Ops Sapu di Lundu
  • JENAYAH

47 PATI ditahan Ops Sapu di Lundu

Utusan Sarawak 13 hours ago
SERBUAN…..Sebanyak 47 PATI ditahan dalam Ops Sapu yang dijalankan di ladang sekitar Kampung Pasir Hilir, semalam. Foto Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak

LUNDU: Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak (JIMS) berjaya menahan 47 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam Ops Sapu yang dijalankan di ladang sekitar Kampung Pasir Hilir, semalam.

Sebanyak 39 lelaki dan lapan wanita telah ditahan dalam operasi ini atas kesalahan melanggar Akta Imigresen 1959/63, termasuk Seksyen 6(1)(c) kerana tidak memiliki pas atau permit yang sah serta Seksyen 15(1)(c) kerana tinggal lebih masa daripada yang dibenarkan.

SERBUAN…..Sebanyak 47 PATI ditahan dalam Ops Sapu yang dijalankan di ladang sekitar Kampung Pasir Hilir, semalam. Foto Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak

JIMS merakamkan penghargaan kepada orang awam atas kerjasama yang diberikan bagi membantu pihak berkuasa mengesan serta mengambil tindakan terhadap aktiviti tidak sah berkaitan pendatang tanpa izin.

Kerjasama ini amat penting dalam menjaga kedaulatan dan keselamatan negara.

Selain itu, pihak JIMS juga mengingatkan majikan dan masyarakat supaya tidak menggaji atau melindungi warga asing tanpa dokumen sah kerana perbuatan tersebut merupakan satu kesalahan serius di bawah undang-undang imigresen.

-Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Ops Sohor: Kegiatan seludup berkemungkinan didalangi segelintir penguat kuasa
Next: 11 individu ditahan gagal patuh syarat kehadiran AADK Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.