Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • 47 orang cedera termasuk empat kanak-kanak, kereta rempuh penyokong Liverpool
  • SUKAN

47 orang cedera termasuk empat kanak-kanak, kereta rempuh penyokong Liverpool

Utusan Sarawak 4 days ago
PEGAWAI polis menutup dengan khemah kembung, di belakang kenderaan bomba, khemah yang membatasi tempat kejadian di Water Street, di luar acara perarakan kemenangan bas terbuka untuk kemenangan Liga Perdana Liverpool, di Liverpool, barat laut England pada 26 Mei 2025. Polis berkata mereka dihubungi sejurus selepas jam 6.00 petang (1700 GMT) ‘susulan laporan mengenai perlanggaran antara sebuah kereta dan beberapa pejalan kaki’ di pusat bandar. Foto AFP

MOSCOW: Seramai 47 orang cedera selepas sebuah kereta merempuh sekumpulan penyokong bola sepak yang sedang meraikan kejayaan kelab Liverpool, dengan 27 daripadanya dimasukkan ke hospital dan dua mengalami kecederaan serius, termasuk seorang kanak-kanak, menurut pegawai kesihatan Britain.

Ketua Perkhidmatan Ambulans NHS Wilayah Barat Laut, David Kitchin, berkata dalam sidang media bahawa 20 mangsa dirawat di lokasi kejadian kerana mengalami kecederaan ringan dan tidak memerlukan rawatan lanjut di hospital, lapor RIA Novosti.

“Kami mengesahkan bahawa pasukan kami merawat 20 pesakit di tempat kejadian dengan kecederaan ringan yang tidak memerlukan rawatan hospital.

“Seramai 27 pesakit telah dibawa ke hospital dengan ambulans dan kami percaya dua daripadanya termasuk seorang kanak-kanak, mengalami kecederaan serius,” katanya.

Beliau turut mengesahkan bahawa empat daripada mangsa yang cedera merupakan kanak-kanak.

Terdahulu, Polis Merseyside memaklumkan bahawa sebuah kereta merempuh orang ramai di pusat bandar Liverpool ketika mereka meraikan kejayaan kelab bola sepak tempatan menjuarai Liga Perdana Inggeris.

Pemandu kereta terbabit, seorang lelaki British berusia 53 tahun ditahan di lokasi kejadian.– Bernama-RIA Novosti

Continue Reading

Previous: Polis sahkan insiden rempuhan di Liverpool tiada kaitan dengan keganasan
Next: Ronaldo cetus spekulasi mengenai masa depan bersama di Nassr

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.