Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 47 anggota PDRM melapor diri di Astana Negeri
  • TEMPATAN

47 anggota PDRM melapor diri di Astana Negeri

Utusan Sarawak 6 hours ago
SERAMAI 47 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlibat dalam sesi ini, termasuk 23 pegawai keselamatan baharu yang diperkenalkan secara rasmi. Mereka terdiri daripada anggota yang ditugaskan dari pelbagai kontinjen PDRM, antaranya Sarawak, Sabah, Kuala Lumpur dan Labuan. Foto Astana Negeri Sarawak

PETRA JAYA: Satu Program Sesi Lapor Diri anggota-anggota Cawangan Keselamatan kepada Dato’ Sri Syed Hamzah Syed Paie, Setiausaha Sulit Kanan kepada Yang di-Pertua Negeri selaku ketua jabatan telah diadakan pada 3.30 petang tadi bertempat di Dewan Santapan, Surau Astana Negeri.

Program tersebut telah disempurnakan oleh Dato’ Sri Syed Hamzah Syed Paie, Setiausaha Sulit Kanan kepada Yang di-Pertua Negeri.

Seramai 47 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlibat dalam sesi ini, termasuk 23 pegawai keselamatan baharu yang diperkenalkan secara rasmi. Mereka terdiri daripada anggota yang ditugaskan dari pelbagai kontinjen PDRM, antaranya Sarawak, Sabah, Kuala Lumpur dan Labuan.

Kehadiran mereka mencerminkan komitmen berterusan dalam memastikan aspek keselamatan di Astana Negeri sentiasa berada pada tahap tertinggi, selain memperkukuhkan kerjasama antara kontinjen dalam suasana kerja yang harmoni dan profesional.

Dalam ucapannya, Dato’ Sri Syed Hamzah menekankan kepentingan nilai integriti, disiplin, dan semangat berpasukan dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Beliau turut menyampaikan taklimat ringkas berhubung peranan, garis panduan tugas serta etika kerja yang perlu dipatuhi oleh anggota keselamatan di lingkungan institusi Astana.

Dato’ Sri turut menzahirkan ucapan tahniah atas pelantikan dan penempatan semula para anggota, serta mengucapkan selamat menjalankan tugas dengan penuh iltizam dan profesionalisme.

Beliau menzahirkan keyakinan bahawa setiap pegawai dan anggota yang terlibat mampu melaksanakan tanggungjawab dengan cemerlang dan berhemah tinggi.

Turut hadir SUPT. Hamka Mohammad, Juruiring kepada Yang di-Pertua Negeri, Samuel Simon, Setiausaha Akhbar Kanan, Ahmad Zambri Shah Mohamad Jeman serta Ketua Seksyen Istiadat dan Protokol, ASP Hirman Jimi.

Hadir sama Penolong Penguasa Polis, Ustaz Syed Mohd Rusydi Wan Yusup, Ketua Seksyen Agama dan Penyelidikan, Muhd Nur Fikry Abdul Talip, Ketua Seksyen Perhubungan Korporat serta Ketua Unit Pentadbiran Ahmad Faizuan Hazemi. -Astana Negeri Sarawak

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: IPU Sarawak kekal baik, Sarikei catat bacaan sederhana pada 4.00 petang
Next: Silat perkukuh perpaduan dan jati diri belia berbilang kaum di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.