Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 46 MAUT Banjir kilat landa utara Kabul
  • GLOBAL

46 MAUT Banjir kilat landa utara Kabul

Utusan Sarawak 5 years ago
PEMBERSIHAN…Seorang penduduk kampung yang terjejas akibat banjir kilat sedang membersihkan lumpur dan longgokan pasir selepas hujan lebat di Charikar di dalam wilayah Parwan semalam.• Foto AFP

KABUL: Satu operasi menyelamat masih dijalankan untuk mengesan mangsa yang terperangkap di dalam runtuhan bangunan di Charikar, ibu kota wilayah Parwan akibat dilanda hujan lebat semalam.

“Masih ada lagi dua keluarga yang terperangkap di dalam serpihan runtuhan tersebut,” kata salah seorang penduduk tempatan.

“Kami perlukan lebih banyak lagi pasukan penyelamat untuk membantu kami.”

Kementerian Kesihatan Awam dalam satu kenyataan memberitahu bahawa sekurang-kurangnya 46 mangsa telah terkorban di Parwan manakala 80 lagi cedera.

Menurut jurucakap gabenor wilayah, dianggarkan kemungkinan angka kematian sebanyak 66 orang dengan lebih 90 orang cedera manakala lebih 500 rumah musnah.

“Kita telah melaporkan bahawa masih ada lagi yang terperangkap di dalam runtuhan tersebut,” kata seorang jurucakap kepada AFP

Paparan di media sosial menunjukkan beberapa kereta dan troli terapung di sepanjang jalan dengan limpahan pasir yang dibawa semasa berlakunya banjir kilat.

Presiden Ashraf Ghani juga telah mengarahkan pasukan kecemasan ke Charikar.

Banjir kilat juga dilaporkan berlaku di wilayah lain – termasuk Nangarhar, Panjshir, Wardak, Loghar, Paktika dan Kapisa, namun masih belum ada laporan mengenai mangsa yang terkorban, kata kementerian pengurusan bencana.

Hujan lebat dan banjir kilat membunuh banyak orang setiap tahun di Afghanistan.

Banyak rumah terutamanya di kawasan luar bandar, adalah berisiko berlakunya keruntuhan ketika hujan lebat di negara tersebut.

Awal bulan ini sahaja, 16 orang termasuk 15 kanak-kanak telah terkorban manakala puluhan lagi rumah turut musnah apabila hujan kilat melanda sebuah perkampungan di wilayah timur Nangarhar.- AFP

Continue Reading

Previous: Jerman lanjutkan skim bantuan khas pekerja
Next: Pesawat perisik AS masuk zon larangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.