Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 46 KMKK terima lantikan baharu, lanjutan di Daerah Song
  • Tengah
  • WILAYAH

46 KMKK terima lantikan baharu, lanjutan di Daerah Song

Utusan Sarawak 2 days ago
SERAMAI 46 orang Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) menerima sijil pelantikan baharu dan lanjutan dalam Majlis Penyerahan Notis dan Sijil Lantikan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Daerah Song yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Song, hari ini. -Foto UKAS

SONG: Seramai 46 orang Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) menerima sijil pelantikan baharu dan lanjutan dalam Majlis Penyerahan Notis dan Sijil Lantikan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Daerah Song yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Song, hari ini.

Dalam majlis itu, seramai 34 orang Ketua Kaum (KK) menerima lanjutan pelantikan, sementara lapan orang bekas KK diberikan surat penghargaan atas khidmat dan sumbangan mereka sebelum ini.

Majlis penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi.

Dalam ucapannya, beliau menggesa agar semua ketua yang baru dilantik mahupun yang disambung pelantikannya, melaksanakan tanggungjawab dengan penuh integriti dan dedikasi.

“Bagi KMKK yang baru dilantik, anda telah dipilih oleh rakyat sendiri kerana dirasakan boleh memimpin dan melaksanakan tanggunjawab sebagai seorang ketua.

“Oleh itu saya berharap supaya kamu bekerjasama dengan agensi kerajaan dan wakil rakyat bagi menjamin kemajuan kampung kalian,” jelasnya.

Dalam majlis sama, Ahli Parlimen Kapit itu dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas, Lidam Assan masing-masing telah menyumbang sebanyak RM30,000 kepada Persatuan Penghulu dan Tuai Rumah Daerah Song sebagai sokongan kepada peranan dan aktiviti persatuan tersebut.

Simbolik penyerahan sebuah perahu panjang lengkap dengan enjin 30hp turut dilakukan kepada Pasukan Bomba dan Penyelamat Song bagi memperkukuh keupayaan logistik pasukan berkenaan dalam menangani kecemasan di kawasan pedalaman.

Turut hadir Pegawai Daerah Song, Harry Bruce Edwin serta KMKK daerah Song. -UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Gawai Antu penuh adat perkukuh warisan Iban di Rumah Raymond Plen
Next: Launching the Kuching Journey PlannerĀ 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.