Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • 458 sampel berjaya dikumpul
  • SEMASA

458 sampel berjaya dikumpul

Utusan Sarawak 4 years ago
TUNGGU GILIRAN…Orang ramai beratur panjang bagi menunggu giliran untuk ujian calitan Covid-19, semalam.

SIBU: Sebanyak 458 sampel dari penduduk di Zon 7 Tiong Hua berjaya dikumpul semasa operasi Pengesanan Kes Aktif (ACD) yang diadakan di tempat letak kereta Majlis Perbandaran Sibu (MPS), kelmarin.

Pengarah Kesihatan Sarawak, Dr. Chin Zin Hing berkata, keputusan ujian untuk sampel tersebut dijangka diketahui menjelang pagi Isnin (22 Februari).

“Hasil ujian untuk sampel yang diambil semalam (Sabtu) di Zon 7 dijangka diketahui menjelang besok pagi,” katanya.

Sementara itu, operasi ACD hari kedua Zon Tiong Hua diteruskan semalam dengan memperlihatkan lebih ramai orang tampil menjalani ujian calitan Covid-19.

Penduduk dari kawasan kediaman di bawah zon 7 dilihat beratur panjang di tempat letak kereta untuk menunggu giliran mereka untuk diuji.

ACD akan berpindah ke zon 15, 28 dan 29 untuk Isnin dan Selasa (23 Februari), semuanya bermula 10.00 pagi hingga 2.00 petang.

Untuk zon 15 (Sentosa) saringan akan diadakan di Hutan Simpan Bukit Lima, manakala untuk zon 28 (Permai) dan zon 29 (Jeriah), akan diadakan di Taman Tasik Permai.

Oleh NURZILLA MOHAMAD

Continue Reading

Previous: HARAPAN TIBA…
Next: Muhyiddin tinjau kesiapsiagaan IKN

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.