Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • 450 peserta dari 18 negara bakal gegar acara KIBTM 2025
  • SUKAN

450 peserta dari 18 negara bakal gegar acara KIBTM 2025

Utusan Sarawak 1 day ago
DATO Mohd Chee Kadir semasa mempengerusikan mesyuarat KIBTM 2025 semalam. Foto Pusat Khidmat ADUN Kabong

KABONG: Sebanyak 450 peserta dari 18 negara telah mengesahkan penyertaan dalam Maraton Denai Pantai Antarabangsa Kabong (KIBTM) 2025, yang bakal berlangsung dari 13 hingga 16 September depan di Pantai Tanjung Kembang, Kabong.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata acara ini mencatat sejarah sebagai maraton pantai pertama seumpamanya di Sarawak, selain menjadi penganjuran bertaraf antarabangsa kedua yang diadakan di Kabong.

“KIBTM 2025 bukan sahaja medan persaingan atlet maraton, malah platform strategik untuk memperkenalkan Kabong ke persada dunia melalui pelancongan sukan,” katanya semasa mempengerusikan mesyuarat tersebut semalam.

DATO Mohd Chee Kadir semasa mempengerusikan mesyuarat KIBTM 2025 semalam. Foto Pusat Khidmat ADUN Kabong

Setakat ini, penyertaan antarabangsa melibatkan atlet dari Australia, Belgium, Brunei Darussalam, Kanada, England, Perancis, India, Indonesia, Ireland, Jepun, Kenya, Malaysia, Belanda, Portugal, Filipina, Singapura, Thailand, serta Amerika Syarikat.

Beliau optimis, penganjuran sukan berprestij ini mampu menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi setempat, selain merancakkan sektor pelancongan domestik dan antarabangsa.

Majlis perasmian KIBTM 2025 akan disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada 14 September nanti. Pada hari yang sama, Premier Sarawak turut dijadualkan menghadiri majlis pelabuhan tukun tiruan di Perairan Kabong.

Dalam pada itu, penyertaan KIBTM 2025 telah ditutup pada 14 Ogos lalu, sekali gus mengesahkan Kabong bakal menjadi tumpuan ribuan pengunjung sepanjang acara tersebut berlangsung selama empat hari.

Oleh Adi Safarman

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Pertembungan Arsenal-Man United kembali jadi tumpuan
Next: Redknapp pilih Liverpool, Arsenal calon utama juara EPL

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.