Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 45 kontinjen sertai perarakan sambutan Maulidur Rasul di Kabong
  • TEMPATAN

45 kontinjen sertai perarakan sambutan Maulidur Rasul di Kabong

Utusan Sarawak 16 hours ago

DATO Mohd Chee Kadir semasa mempengerusikan mesyuarat sambutan Maulidur Rasul Peringkat DUN Kabong, hari ini. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kabong

KABONG: Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong tahun ini bakal berlangsung meriah apabila hampir 45 kontinjen bakal berentap dalam perarakan dan pertandingan sepanduk yang menawarkan hadiah wang tunai lumayan berserta piala iringan.

Dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir telah menetapkan bahawa johan Perarakan Maulidur Rasul akan menerima RM1,000 beserta piala iringan, manakala naib johan RM700, dan tempat ketiga RM500. 

Semua kontinjen yang bertanding turut diberi saguhati RM200 sebagai penghargaan.

Bagi Pertandingan Sepanduk, johan juga bakal membawa pulang RM1,000 beserta piala iringan, naib johan RM700, dan tempat ketiga RM500, dengan penilaian dibuat secara keseluruhan bagi menjamin mutu kreativiti.

Tahun ini, hampir 45 kontinjen dijangka mengambil bahagian dalam perarakan yang dibahagikan kepada tiga kategori iaitu jabatan dan agensi kerajaan, institusi pendidikan, masjid dan surau, kelab serta JKKK.

Selain itu, turut diadakan Pertandingan Azan dan Zikir Marhaban di Masjid Assabirin Kabong sebagai pengisian rohani bagi memeriahkan lagi sambutan.

Dengan tawaran hadiah yang menarik, sambutan tahun ini dijangka mencetuskan penyertaan paling hangat dan penuh warna-warni daripada pelbagai lapisan masyarakat Kabong.

Chee Kadir berharap sambutan Maulidur Rasul kali ini diharap bukan sahaja memupuk semangat kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, tetapi juga memperkukuh silaturahim dalam kalangan masyarakat setempat.

Turut hadir Pegawai Daerah Kabong, Tahir Sharee dan Pengerusi Lembaga Amanah Kebajikan Islam Kabong (LAKIK), Kaunselor Ulin Tabur, bersama wakil-wakil jabatan, pengerusi masjid serta ketua masyarakat.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Warisan budaya Sarawak perlu dihormati dan difahami
Next: Transformasi pertanian Sarawak tuntut peranan aktif PPK

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.