Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 45 dicekup, dua warga asing antara ditahan dalam Op Tapis Khas Narkotik
  • JENAYAH

45 dicekup, dua warga asing antara ditahan dalam Op Tapis Khas Narkotik

Utusan Sarawak 6 hours ago
POLIS berjaya menahan 45 individu termasuk dua warga dalam Op Tapis Khas Narkotik sepanjang 1 hingga 14 Februari. Foto PDRM

SIBU: Seramai 45 individu termasuk dua warga asing dicekup dalam Op Tapis Khas Narkotik yang dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu sepanjang 1 hingga 14 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili, berkata operasi proaktif itu menyasarkan aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah di sekitar daerah ini.

“Dalam operasi berkenaan, seorang lelaki ditahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, seorang di bawah Seksyen 39A(2), seorang di bawah Seksyen 39A(1), 12 individu mengikut Seksyen 12(3) dan 30 penagih di bawah Seksyen 15(1)(a) akta sama.

“Dua daripada yang ditahan adalah warga asing,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, polis turut merampas pelbagai jenis dadah seberat 96.34 gram dengan nilai keseluruhan RM7,440.

Menurutnya, sejak Op Tapis Khas itu dilancarkan, seramai 15 individu termasuk dua warga asing sudah didakwa di mahkamah.

“Daripada jumlah itu, seorang didakwa mengikut Seksyen 39B, seorang di bawah Seksyen 39A(2), seorang di bawah Seksyen 39A(1) dan 12 lagi di bawah Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Zulkipli berkata, bagi kesalahan mengikut Seksyen 39B, hukuman jika sabit kesalahan adalah gantung sampai mati.

Katanya, Seksyen 39A(2) memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak kurang lima tahun serta sebatan tidak lebih 10 kali.

Bagi Seksyen 39A(1), pesalah boleh dipenjara antara dua hingga lima tahun serta dikenakan sebatan tidak kurang tiga kali dan tidak lebih sembilan kali.

“Sementara itu, Seksyen 12(3) memperuntukkan denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

“Bagi Seksyen 15(1)(a) pula, pesalah boleh didenda sehingga RM5,000 dan penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya serta pengawasan dua tahun,” katanya.

Beliau menegaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik akan terus memperhebat operasi membanteras kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dadah diminta tampil menyalurkan maklumat melalui Hotline JSJN di talian 012-2087222 (JSJN Bukit Aman) atau 017-5929211 (JSJN Sarawak).

Oleh Tarani Lanting

Continue Reading

Previous: 138 kenderaan diperiksa, sebuah kereta disita dalam operasi JPJ Kuching
Next: 31 individu ditahan disyaki menguji kelajuan, 40 saman dikeluarkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.