Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • 446 anak warga ATM, MINDEF catat keputusan cemerlang SPM terima Insentif Akademik
  • NASIONAL

446 anak warga ATM, MINDEF catat keputusan cemerlang SPM terima Insentif Akademik

Utusan Sarawak 3 hours ago
MENTERI Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (tengah) menyampaikan anugerah kepada penerima pada Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pendidikan (AKP) MINDEF dan ATM 2026 di Wisma Perwira ATM hari ini. Hadir sama Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari, Panglima ATM Jen Tan Sri Malek Razak Sulaiman, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Lokman Hakim Ali dan Ketua Eksekutif Yayasan LTAT Datuk Dr Mohd Nizar Sudin. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Sebanyak 446 anak warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kementerian Pertahanan (MINDEF) yang mencatat keputusan cemerlang 5A dan ke atas dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025, menerima insentif kecemerlangan akademik hari ini.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata jumlah itu meningkat ketara berbanding 383 pelajar yang mencatat keputusan cemerlang pada tahun sebelumnya, dengan seorang pelajar berjaya memperoleh keputusan 12A.

MENTERI Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berucap pada Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pendidikan (AKP) MINDEF dan ATM 2026 di Wisma Perwira ATM hari ini. Foto BERNAMA

Beliau berkata bagi menghargai pencapaian mereka, MINDEF memperuntukkan dana sebanyak RM298,400 melalui Insentif Akademik Anugerah Kecemerlangan Pendidikan (AKP) SPM 2026, untuk semua pelajar tersebut.

“Kementerian melalui Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) komited memberikan sokongan pendidikan kerana percaya kesiapsiagaan anggota tentera bermula daripada kesejahteraan keluarga mereka,” katanya pada Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pendidikan (AKP) MINDEF dan ATM 2026 di Wisma Perwira ATM di sini hari ini.

MENTERI Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (kanan) bersalaman dengan penerima anugerah pada Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pendidikan (AKP) MINDEF dan ATM 2026 di Wisma Perwira ATM hari ini. Foto BERNAMA

Selain itu, Mohamed Khaled berkata kementerian turut memperuntukkan dana berjumlah RM166,000 yang memberi manfaat kepada 159 lagi anak-anak warga MINDEF dan ATM, untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Awam dan luar negara.

Mohamed Khaled berkata kejayaan mereka didorong oleh keberkesanan program intervensi bersasar seperti Program e-Perkasa SPM dan Program Sentuhan Elit SPM yang terbukti meningkatkan gred akademik secara sistematik.

MENTERI Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (duduk tengah) bergambar bersama para penerima anugerah pada Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pendidikan (AKP) MINDEF dan ATM 2026 di Wisma Perwira ATM hari ini. Hadir sama Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari, Panglima ATM Jen Tan Sri Malek Razak Sulaiman, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Lokman Hakim Ali dan Ketua Eksekutif Yayasan LTAT Datuk Dr Mohd Nizar Sudin. Foto BERNAMA

Beliau berkata melalui Program e-Perkasa SPM, sebanyak 644 pelajar lulus dengan kadar 98.77 peratus, manakala Program Sentuhan Elit SPM pula berjaya membantu empat daripada enam Sekolah Dalam Kem (SDK) mencatatkan peningkatan Gred Purata Sekolah.

“Pelaksanaan agenda pendidikan berskala besar itu selaras dengan Fokus Keenam Kementerian Pertahanan Tahun 2026, yang meletakkan kebajikan dan pemerkasaan sosioekonomi warga pertahanan sebagai antara teras utama,” katanya.

Mohamed Khaled berkata Yayasan LTAT kini berfungsi sebagai instrumen utama kementerian bagi memastikan ekosistem kesejahteraan yang holistik melalui pelbagai intervensi pendidikan bermula dari darjah satu sehingga tamat universiti.

Beliau berkata inisiatif lain yang dilaksanakan termasuk pembudayaan menabung melalui akaun Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sejak darjah satu, serta pemberian biasiswa melalui kerjasama strategik dengan beberapa universiti.

ANTARA penerima anugerah bergambar pada Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pendidikan (AKP) MINDEF dan ATM 2026 di Wisma Perwira ATM hari ini. Foto BERNAMA

“Bagi peringkat pendidikan tinggi, selain bantuan kemasukan ke universiti awam dan luar negara, kita turut menawarkan biasiswa Yayasan LTAT dengan IIUM Ummatic Scholarship untuk pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

“Kerjasama strategik turut dijalin dengan City University Malaysia dan King’s University College, bagi penyediaan biasiswa kepada anak-anak ATM, veteran dan warga MINDEF,” katanya.

Mohamed Khaled berkata kementerian turut memperkenalkan program pendidikan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM), yang dimulakan dengan sekolah-sekolah dalam kem di wilayah utara.

Bagi lepasan universiti yang belum bekerja pula, kementerian menawarkan program “Pro-Wira” (Ready-to-work Graduate) yang menyediakan pendedahan industri selama setahun dengan bayaran elaun RM2,000 sebulan.- Bernama

Continue Reading

Previous: Majikan bertanggungjawab pastikan urusan percukaian pekerja teratur – LHDN
Next: Kejayaan urus isu kewarganegaraan antara pencapaian paling memuaskan di KDN – Saifuddin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.