Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 44 rakyat Ghana diselamatkan daripada agensi pengambilan pekerja palsu
  • GLOBAL

44 rakyat Ghana diselamatkan daripada agensi pengambilan pekerja palsu

Utusan Sarawak 17 hours ago
OPERASI di Nigeria berjaya membongkar kegiatan eksploitasi pekerja oleh kumpulan jenayah menyamar sebagai ejen pekerjaan.

ACCRA (Ghana): Seramai 44 rakyat Ghana diselamatkan oleh pasukan keselamatan Ghana dan Nigeria daripada kumpulan jenayah yang menyamar sebagai agensi pengambilan pekerja, menurut Kementerian Luar Ghana pada Sabtu, lapor Xinhua.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan kementerian itu, agensi pengambilan pekerja palsu berkenaan menggunakan media sosial dan saluran pengambilan tidak rasmi lain dengan menawarkan janji palsu mengenai peluang pekerjaan serta perjalanan.

Bagaimanapun, sebaik tiba, mereka dikenakan keadaan eksploitasi termasuk pergerakan yang disekat, paksaan psikologi serta tekanan untuk merekrut individu lain menyertai skim itu.

“Susulan operasi terselaras yang dijalankan pada 16 Mac oleh pihak berkuasa keselamatan Nigeria, termasuk Jabatan Perkhidmatan Negara, dengan kerjasama institusi berkaitan Ghana, mangsa tiba di Accra pada Jumaat, 20 Mac,” menurut kenyataan itu. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Gempa bumi 6.2 magnitud landa 102 KM timur laut Hihifo, Tonga
Next: Konflik Asia Barat cetus krisis, ganggu kehidupan harian dari Vientiane hingga Yangon

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.