Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • 44 murid SK Batu Wong sertai lawatan ilmu ke Pustaka Negeri Sarawak Sibu
  • PENDIDIKAN

44 murid SK Batu Wong sertai lawatan ilmu ke Pustaka Negeri Sarawak Sibu

Utusan Sarawak 8 hours ago
 UNTUK KENANGAN…..Para murid dan guru pengiring SK Batu Wong, Sibu merakam kenangan selepas mengadakan lawatan sambil belajar ke Pustaka Negeri Sarawak, Sibu, baru-baru ini.

SIBU: Seramai 44 murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Wong, Sibu, diiringi oleh tujuh guru pengiring, telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pustaka Negeri Sarawak, Sibu, baru-baru ini.

Lawatan tersebut bertujuan memberi pendedahan awal kepada para pelajar mengenai fungsi dan peranan perpustakaan dalam menyokong pembangunan ilmu pengetahuan dan literasi masyarakat.

Sepanjang lawatan, para pelajar telah diberi taklimat berkaitan kemudahan, perkhidmatan, dan program yang ditawarkan oleh Pustaka Negeri Sarawak.

Mereka turut menyertai pelbagai aktiviti interaktif termasuk sesi Lawatan Perpustakaan & Literasi Maklumat, aktiviti berasaskan STEAM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematik) serta sesi Perkongsian PANDei yang memberi peluang kepada pelajar untuk menimba ilmu dalam suasana interaktif dan menyeronokkan.

Pustaka Negeri Sarawak sentiasa mengalu-alukan lawatan Pendidikan daripada institusi Pendidikan mahupun organisasi lain.

Permohonan boleh dikemukakan secara rasmi melalui e-mel kepada snurha@sarawak.gov.my (u.p. Puan Siti Nurhafizah) dengan menyertakan butiran tujuan lawatan, jumlah peserta, serta tarikh yang dicadangkan. Pihak pustaka akan menghubungi semula untuk pengesahan dan penyelarasan lanjut.

Oleh Akun Giman

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Automatic matriculation policy must reflect true merit, not technical exclusions
Next: Lebih 400 anugerah kreativiti, inovasi antarabangsa dirai di BICC 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.