Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 43 pelajar sertai Bengkel Grafik Senibina 1.0
  • TEMPATAN

43 pelajar sertai Bengkel Grafik Senibina 1.0

Utusan Sarawak 5 years ago
KENANGAN… Gambar kenangan bersama penceramah jemputan Shamsul Johari, Nurul Dafiqah dan Esuryati.

KUCHING: Seramai 43 pelajar Semester 1 Sijil Teknologi Senibina (STS) telah menyertai bengkel Grafik Senibina 1.0 anjuran Unit Teknologi Senibina pada 29 hingga 30 September lalu bertempat di Kolej Komuniti Kuching dan sekitar Waterfront di Bandar Kuching.

Menurut Ketua Program STS selaku Pengarah Program, Esuryati Kamarudin, antara objektif bengkel yang julung kali diadakan ini ialah memberi pendedahan tentang teknik asas lukisan dan lakaran, figura senibina dan lukisan perspektif kepada semua pelajar Semester 1 STS yang baru memulakan pengajian pada 1 September lepas.

“Selain itu, objektif bengkel tersebut juga ialah untuk meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan keupayaan pelajar ke tahap yang lebih tinggi; memberi pendedahan yang lebih terperinci tentang lukisan persembahan senibina dan seterusnya memberi pendedahan pembelajaran di luar kelas kepada pelajar melalui pengajaran dan pembelajaran outdoor,” tambah beliau lagi.

Esuryati turut berkata, “Saya berharap agar peserta Bengkel Grafik Senibina 1.0 ini dapat mengaplikasikan ilmu pengetahuan yang diperoleh ke dalam pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam subjek Grafik Senibina, justeru dapat meningkatkan kemahiran mereka sebagai pelajar teknologi seni bina di kolej ini.”

Penceramah jemputan iaitu Shamsul Johari Shaari yang merupakan pensyarah dari Kolej Komuniti Mas Gading turut menyeru agar pelajar menggunakan pengalaman yang diperoleh selama dua hari bengkel tersebut untuk menghasilkan lakaran yang terbaik. Hal ini kerana, menurut beliau arkitek yang terbaik adalah arkitek yang mempunyai lakaran yang hebat.

“Oleh itu, pelajar Kolej Komuniti tidak perlu merasa rendah diri dengan lakaran masing-masing kerana ini hanyalah peringkat permulaan dan pelajar boleh meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi di politeknik dan seterusnya universiti,” katanya.

Beliau turut menggesa agar pelajar Kolej Komuniti Kuching membangunkan citra budaya di Sarawak melalui lakaran dan rekaan yang menarik kerana negeri ini kaya dengan pelbagai budaya yang berbeza dan unik.

Pada majlis tersebut, Shamsul Johari turut berkesempatan menyampaikan hadiah kepada lima orang pelajar terpilih yang mempunyai lakaran terbaik dalam bengkel tersebut.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Akademik, Nurul Dafiqah Kamarulzaman dan semua pensyarah STS.

Continue Reading

Previous: SABATI sumbang kit pencegahan Covid-19
Next: Kuching Old Bazaar dihidupkan semula

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.