NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 43 mayat dijumpai selepas tanah runtuh besar yang disebabkan oleh hujan monsun yang berlaku di ladang teh di barat daya India, kata polis pada Ahad. Tanah runtuh yang berlaku di Daerah Idukki, kira-kira 250 kilometer dari ibu kota Kerala, Thiruvananthapuram, berlaku Jumaat lalu, namun usaha mencari dan menyelamat terganggu disebabkan oleh air hujan yang deras.
Jumlah korban meningkat kepada 43 orang petang semalam, kata ketua polis Daerah Idukki, R. Karuppasamy, kepada AFP.
Terdahulu, 26 mayat ditemui pada malam Jumaat, kata seorang pegawai polis pada semalam.“Menjelang petang semalam, kami sudah mengeluarkan 26 mayat.
Kami mengeluarkan lagi tiga mayat hari ini,” kata pegawai polis. Media tempatan melaporkan bahawa kira-kira 78 orang dipercayai tinggal di kawasan itu dengan ramai lagi dikhuatiri masih hilang.
Kerala sering dilanda banjir teruk ketika musim hujan tahunan. Dalam perkembangan lain, sekurang-kurangnya 18 mati dalam nahas jet penumpang di Kerala, Jumaat lalu ketika jet Air India Express yang tersasar
di landasan ketika cuba mendarat dalam ribut dan terjatuh di atas sebuah
bank.
Monsun di seluruh Asia Selatan sangat penting untuk mengisi sungai dan air bawah tanah, namun pada masa sama menyebabkan kematian dan
kemusnahan yang meluas. Lebih 300 orang mati dalam banjir dan tanah runtuh di timur dan timur laut India, Bangladesh dan Nepal dalam beberapa minggu ini. – AFP