Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 4,277 tangki air diagih di Kota Samarahan
  • TEMPATAN

4,277 tangki air diagih di Kota Samarahan

Utusan Sarawak 4 years ago
UNTUK RAKYAT… Pengagihan tangki air di Samarahan meliputi beberapa kampung di Asajaya dan Muara Tuang.

KOTA SAMARAHAN: Sebanyak 4,277 tangki air diagihkan di kawasan parlimen Kota Samarahan meliputi beberapa buah kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Asajaya dan Muara Tuang. 

Menurut Ahli Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang, daripada jumlah tersebut, sebanyak 3,140 tangki air diagihkan di DUN Asajaya manakala 1,134 tangki air pula akan diagihkan di DUN Muara. 

“Untuk fasa kali ini, kesemua tangki air tersebut akan diagihkna secara berperingkat-peringkat bermula awal minggu ini.

“Untuk makluman semua, pemberian tangki air ini bukanlah satu-satunya inisiatif Kerajaan Sarawak dalam memastikan bekalan air di negeri ini.

“Ini kerana pihak Kerajaan Negeri juga telah meluluskan peruntukan sejumlah RM2.8 bilion untuk Program Grid Bekalan Air Sarawak (SAWAS). 

“Inisiatif ini bagi memastikan bekalan air kepada rakyat Sarawak dinaik taraf dan mencukupi bersesuaian dengan keperluan semasa,” katanya menerusi kenyataan dalam laman media sosial, semalam. 

Mengulas lebih lanjut, Rubiah berkata berkata, terdapat beberapa projek SAWAS di bahagian Kota Samarahan berada dalam fasa hampir siap. 

“Antara projek SAWAS tersebut adalah Main Pipeline yang menghubungkan sumber air dari Empangan Bengoh atau Batu Kitang ke Samarahan. 

“Selain itu, sebuah Stesen Pam Penggalak (Booster Pump) juga sudah siap dibina di Tambirat,” jelasnya. 

Sehubungan itu, beliau menyifatkan pemberian tangki air ini merupakan suatu perlambangan keprihatinan luar biasa Kerajaan Sarawak terhadap permasalahan air di negeri ini. 

Ujarnya, walaupun Kerajaan sudah melancarkan Projek SAWAS yang bertujuan untuk meningkatkan kapasiti bekalan air, namun Kerajaan masih menyediakan tangki air kepada penduduk. 

“Tangki air ini adalah langkah alternatif yang disediakan Kerajaan dalam memastikan bekalan air tetap dapat dinikmati khususnya ketika berlaku gangguan dan sebagainya,” tambahnya. 

Tegasnya lagi, terdapat negeri-negeri lain turut mengalami gangguan bekalan air yang kerap namun tiada yang menyediakan inisiatif yang sama agresif seperti Kerajaan Sarawak.

Oleh AKMAL ADIB YUSUP

Continue Reading

Previous: GPS tunai janji tingkat kehidupan rakyat
Next: 172 KEDIAMAN DIBAIK PULIH

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.