Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 42 peserta Kampung Babu Hilir hadiri kursus hidroponik
  • Selatan
  • WILAYAH

42 peserta Kampung Babu Hilir hadiri kursus hidroponik

Utusan Sarawak 17 hours ago
KURSUS In-Situ-Diseminasi Teknologi Tanaman Secara Hidroponik Siri 2 yang berlangsung di Dewan Millennia, di sini, hari ini. Foto: MTMA

DEBAK: Seramai 42 peserta dari Kampung Babu Hilir menyertai kursus In-Situ Diseminasi Teknologi Tanaman Secara Hidroponik siri 2 yang berlangsung di Dewan Millennia, di sini, hari ini.

Kursus anjuran Jabatan Pertanian Bahagian Betong dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Babu Hilir ini bertujuan memperkenalkan teknik pertanian moden, khususnya kaedah hidroponik, sebagai alternatif berdaya maju untuk meningkatkan pendapatan dan kesejahteraan masyarakat luar bandar.

Sepanjang program, peserta didedahkan kepada gabungan teori dan latihan amali, meliputi teknik asas hidroponik, pengurusan nutrien tanaman, pemilihan tanaman yang sesuai, serta strategi pemasaran hasil pertanian bagi menjamin daya saing dalam pasaran semasa.

Ketua Kampung Babu Hilir, Abang Mohd Tawfik Abang Bujang menyifatkan sambutan yang memberangsangkan daripada penduduk, khususnya golongan belia dan suri rumah, sebagai satu perkembangan yang sangat positif dan membanggakan.

“Kita dapat lihat kesungguhan penduduk dalam mengikuti kursus ini. Ini satu langkah yang sangat positif ke arah pembangunan pertanian komuniti. 

“Saya berharap pendedahan ini akan menjadi permulaan kepada projek tanaman hidroponik berskala kecil di kampung ini, seterusnya mampu menjana pendapatan sampingan untuk keluarga masing-masing,” katanya.

Beliau turut berharap agar program seumpama ini dapat diperluaskan ke kampung lain sebagai usaha memperkasa pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pertanian moden dalam kalangan penduduk luar bandar.

Tambahnya, penganjuran kursus ini juga dilihat selari dengan usaha kerajaan meningkatkan keselamatan makanan dan pengeluaran hasil pertanian negara melalui penggunaan teknologi hijau dan amalan pertanian bandar yang lebih lestari.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Dato Wee puji kecekapan tindakan MBKS dan Bomba tangani pokok tumbang
Next: 118 warga SK Sungai Pasir sertai latihan keselamatan APM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.