OPERASI… Anggota bomba memadamkan api marak akibat Kebakaran Mosquito di Daerah Placer, California.• Foto AFP
LOS ANGELES: Kebakaran terbaharu California merebak dengan pantas di pergunungan tengah negeri Amerika Syarikat (AS) sama seperti anggota bomba mengawal kebakaran besar di selatan Los Angeles, kata pihak berkuasa pada Ahad lalu.
Kebakaran ‘Mosquito’ kini memusnahkan kawasan seluas lebih 41,000 ekar (16,600 hektar) di kawasan Sierra Nevada timur laut San Francisco dalam masa empat hari sahaja, lapor laman sesawang rasmi, Cal Fire.
Cal Fire berkata, kebakaran itu meliputi Bahagian El Dorado dan Daerah Placer hanya 10 peratus berjaya dikawal.
Ia berkata, walaupun suhu yang lebih sejuk berikutan panas terik selama lebih seminggu agak memperlahankan kemajuan kebakaran, angin lebih kuat mendorong kebakaran ke utara dan timur laut, mengancam ratusan rumah.
“Dengan bandar kecil Foresthill menghadapi ancaman yang semakin meningkat, beberapa lagi arahan dan amaran pemindahan telah dikeluarkan,” kata Cal Fire.
Menurut laporan akhbar harian Sacramento Bee. penduduk di Pekan Georgetown, Volcanoville dan Bottle Hill diarah berpindah lebih awal.
“Ini adalah kali keempat kami dipindahkan ke sini,” Josh Manzer dari Volcanoville sambil memberitahu, kebakaran itu yang paling teruk.
“Walaupun kebakaran hutan di California kerap berlaku di kawasan yang sukar ekoran kawasan tidak ada tempat yang rata.
“Malah, jalan masuk, yang biasanya di seluruh kawasan itu, tidak wujud,” kata jurucakap Cal Fire Chris Vestal kepada saluran televisyen tempatan, KSBW.
Dalam pada itu, pesawat dan helikopter membantu kru darat apabila cuaca mengizinkan, kata pihak berkuasa.
Pada Sabtu lalu, anggota bomba berjaya mengawal Kebakaran Fairview yang besar di selatan Los Angeles selepas ribut tropika membawa hujan dan suhu yang lebih sejuk, kata pihak berkuasa.
Pegawai berkata bahawa, kebakaran yang berlaku ketika gelombang haba yang ganas yang membakar barat daya AS dan meragut dua nyawa dan memusnahkan 20 bangunan.
Bahagian Barat AS adalah lebih daripada dua dekad dalam kemarau bersejarah yang dikatakan saintis sedang diburukkan oleh perubahan iklim buatan manusia.
Sebahagian besar kawasan luar bandar kering dan mewujudkan keadaan untuk kebakaran hutan yang panas, cepat dan dahsyat. -AFP