Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 41 warga asing ditahan dalam Operasi Bersepadu Imigresen di 16 lokasi sekitar Kuching
  • JENAYAH

41 warga asing ditahan dalam Operasi Bersepadu Imigresen di 16 lokasi sekitar Kuching

Utusan Sarawak 12 hours ago
OPERASI Bersepadu yang dijalankan oleh Jabatan Imigresen di 16 lokasi berasingan sekitar Kuching sejak semalam. Foto Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak

KUCHING: Seramai 41 warga asing ditahan dalam satu Operasi Bersepadu yang dijalankan oleh Jabatan Imigresen (JIM) Sarawak di 16 lokasi berasingan sekitar bandar raya ini.

Menurut kenyataan JIM Sarawak berkata, operasi tersebut dilaksanakan oleh Bahagian Penguatkuasa Imigresen Kuching sebagai sebahagian daripada usaha berterusan memperhebat penguatkuasaan undang-undang imigresen.

Operasi yang bermula seawal 9.00 pagi itu melibatkan seramai 24 pegawai penguat kuasa yang digerakkan ke beberapa lokasi tumpuan.

Hasil pemeriksaan yang dijalankan, semua individu yang ditahan dipercayai bekerja tanpa pas atau permit sah, khususnya di premis-premis perniagaan kedai makan di kawasan Pusat Komersial Demak Laut.

OPERASI Bersepadu yang dijalankan oleh Jabatan Imigresen di 16 lokasi berasingan sekitar Kuching sejak semalam. Foto Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak

Selain itu, operasi turut diteruskan pada sebelah malam dengan pemeriksaan difokuskan ke atas bilik-bilik sewa di sekitar Bandar Baru Semariang serta rumah pekerja di Jalan Astana.

Pemeriksaan tersebut dijalankan bagi mengesan warga asing yang melanggar syarat imigresen, selain memastikan pematuhan terhadap undang-undang yang berkuat kuasa di negeri ini.

Kesemua warga asing yang ditahan telah dibawa ke depot tahanan imigresen untuk siasatan lanjut dan tindakan sewajarnya.

Dalam pada itu, JIM Sarawak menegaskan bahawa operasi seumpama ini akan terus dipergiatkan dari semasa ke semasa bagi membanteras kehadiran pendatang tanpa izin.

Tegasnya, pihak jabatan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang imigresen dan akan mengambil tindakan tegas selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Lelaki ditangkap, 24 saman dikeluarkan dalam Operasi Bersepadu IPD Lubok Antu
Next: PPM rampas 7,000 liter diesel, tahan juragan warga asing di Bintulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.