Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 41 KMKK DUN Repok terima sijil pelantikan
  • Tengah
  • WILAYAH

41 KMKK DUN Repok terima sijil pelantikan

Utusan Sarawak 3 weeks ago
ANTARA ketua masyarakat menerima sijil pelantikan.

SARIKEI: Seramai 41 Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) menerima sijil pelantikan baharu dan pelantikan semula bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Repok, semalam.

Majlis penyerahan sijil tersebut dijalankan di Aras 12, bilik mesyuarat Pejabat Residen Sarikei dan telah disaksikan oleh Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Dato’ Sri Huang Tiong Sii.

“Majlis ini melambangkan kepercayaan kerajaan terhadap peranan penting KMKK sebagai tunjang kepada kestabilan dan keharmonian masyarakat di peringkat komuniti.

“Terima kasih kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, atas komitmen berterusan dalam memperkasa kepimpinan masyarakat di peringkat akar umbi,” katanya ketika berucap di majlis tersebut.

Katanya yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, keputusan kerajaan untuk menaikkan elaun KMKK merupakan satu langkah yang amat bermakna dan mencerminkan keprihatinan serta pengiktirafan terhadap peranan, tanggungjawab dan sumbangan besar golongan berkenaan dalam menyampaikan perkhidmatan serta menjaga kebajikan rakyat.

“Langkah ini bukan sahaja sebagai penghargaan kepada jasa dan pengorbanan KMKK, malah diharap dapat menjadi suntikan semangat untuk terus melaksanakan amanah dengan lebih berdedikasi, berintegriti dan berkesan,” katanya.

Tiong Sii turut merakamkan penghargaan kepada Residen Sarikei, Datu Michael Ronnie Langgong atas kepimpinan serta komitmen dalam memperkukuh tadbir urus pentadbiran dan mempererat kerjasama antara Pejabat Residen, Pejabat Daerah dan kepimpinan masyarakat di Bahagian Sarikei.

“Pelantikan sebagai KMKK merupakan satu amanah besar yang perlu dipikul dengan penuh tanggungjawab. 

“Sehubungan itu, semua yang dilantik diseru agar menjalankan tugas dengan adil, jujur dan berintegriti, selain bekerjasama rapat dengan Pejabat Daerah Sarikei dan semua agensi kerajaan demi kepentingan rakyat.

“Saya berharap sijil yang diterima hari ini menjadi pendorong untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi, bertanggungjawab dan berintegriti,” katanya.

Katanya, KMKK perlu kekal sebagai satu pasukan yang mantap dan bekerjasama rapat demi kesejahteraan serta kemajuan rakyat di kawasan DUN Repok.

Turut hadir ialah Residen Sarikei, Datu Michael Ronnie Langgong dan Pegawai Daerah Sarikei, Louis Yeo Soon Guan.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kerajaan Sarawak terus utamakan kebajikan rakyat
Next: APM Debak tangkap ular sawa batik 12 kaki di Kampung Debak Laut

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.