Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • 41 kes penyakit berkaitan cuaca panas direkod setakat ini – Dzulkefly
  • SEMASA

41 kes penyakit berkaitan cuaca panas direkod setakat ini – Dzulkefly

Utusan Sarawak 4 hours ago
41 KESpenyakit berkaitan cuaca panas direkod setakat ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Sebanyak 41 kes penyakit berkaitan cuaca panas direkodkan setakat ini dengan majoriti melibatkan kes kelesuan haba, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata daripada jumlah itu, 35 kes melibatkan kelesuan haba, diikuti tiga kes strok haba akibat aktiviti fizikal, dua kes strok haba dalam ruang tertutup manakala satu kes kekejangan haba.

“Bagaimanapun, setakat semalam (24 April), tiada kes baharu berkaitan cuaca panas dilaporkan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Buku Resipi ‘Mai Kurang’ dan program Rewang Bersama Komuniti di Memorial Tun Abdul Razak di sini hari ini.

Sementara itu, Dzulkefly berkata setakat 6.00 pagi tadi, sebanyak 13 daerah di lima negeri merekodkan cuaca panas Tahap 1 atau kategori berjaga-jaga melibatkan Perlis, Kedah (Kubang Pasu, Pokok Sena, Pendang, Padang Terap dan Sik), Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Pasir Mas dan Kuala Krai), Perak (Kuala Kangsar dan Hulu Perak) serta Jerantut di Pahang.

Selain itu, beliau berkata satu daerah di Kelantan iaitu Machang merekodkan cuaca panas Tahap 2 atau gelombang haba.

Dalam pada itu, Dzulkefly menyokong kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempertimbangkan untuk mengehadkan pergerakan Jemaah Menteri serta kementerian susulan krisis bekalan global. 

Beliau berkata, langkah itu selaras dengan pendekatan Kerajaan MADANI yang menekankan tatakelola kewangan berhemat, khususnya dalam menghadapi cabaran semasa.

“Langkah segera perlu dipertimbangkan bagi memastikan Malaysia tidak berdepan situasi catuan tenaga seperti yang berlaku di beberapa negara lain,” katanya.

Semalam, Anwar berkata kerajaan sedang memperhalusi langkah lebih drastik bagi mengurangkan penggunaan tenaga susulan krisis bekalan global termasuk mempertimbangkan untuk mengehadkan pergerakan Jemaah Menteri serta kementerian.

Perdana Menteri berkata tindakan segera itu perlu diambil bagi memastikan Malaysia tidak terjerumus ke dalam situasi catuan tenaga seperti yang sedang dihadapi beberapa negara lain dan keputusan muktamad mengenainya akan ditentukan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN). – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Petros nafi dakwaan 1,000 pekerja Bangladesh
Next: TYT, Toh Puan beri penghormatan terakhir kepada mendiang Dr Jane Yong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.