

Seramai 41 anggota APM Daerah Saratok menyertai latihan mingguan bertemakan Masakan Rimba di Lubok Nitik dan PDPA Saratok. Foto: APM Saratok
SARATOK: Seramai 41 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Saratok telah menyertai latihan mingguan bertemakan Masakan Rimba yang berlangsung di Lubok Nitik serta pekarangan Pejabat Pertahanan Awam Daerah (PDPA) Saratok.
Pegawai APM Daerah Saratok, Leftenan Nur Athirah Batu berkata, program itu menekankan aspek kemahiran asas penyediaan makanan dalam keadaan serba kekurangan dengan memanfaatkan sumber alam semula jadi.
“Anggota dibahagikan kepada lima kumpulan, di mana setiap kumpulan perlu menyediakan menu asas menggunakan bahan mudah diperoleh di hutan seperti buluh, daun dan kayu api.


Seramai 41 anggota APM Daerah Saratok menyertai latihan mingguan bertemakan Masakan Rimba di Lubok Nitik dan PDPA Saratok. Foto: APM Saratok
“Latihan ini bertujuan melatih kreativiti serta ketahanan diri apabila berhadapan situasi kecemasan,” katanya ketika dihubungi.
Selain modul masakan rimba, peserta turut diberi pendedahan terhadap silibus tambahan melibatkan protokol resusitasi kardiopulmonari (CPR) yang diketuai oleh PBT Hajijah Ahim.


Seramai 41 anggota APM Daerah Saratok menyertai latihan mingguan bertemakan Masakan Rimba di Lubok Nitik dan PDPA Saratok. Foto: APM Saratok
Tambah beliau, latihan seumpama ini bukan sahaja meningkatkan kesiapsiagaan anggota di lapangan, malah memperkukuh semangat kerja berpasukan dalam mendepani cabaran sebenar ketika operasi menyelamat.
Oleh Adi Safarman