Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 40,000 peserta semarakkan Perarakan Krismas
  • Utara
  • WILAYAH

40,000 peserta semarakkan Perarakan Krismas

Utusan Sarawak 11 hours ago
MERIAH…Perarakan Krismas Bandaraya Miri Ke-16  meriah dengan kehadiran orang ramai.

MIRI: Lebih 40,000 peserta memeriahkan jalan utama di sekitar bandar raya ini dalam Perarakan Krismas Bandaraya Miri Ke-16 malam ini, yang bermula dan berakhir di Dataran Kipas.

Perarakan tahun ini dipimpin Gereja Methodist dan menyaksikan penyertaan 16 gereja tempatan, termasuk Gereja Katolik Roman, Anglikan, Baptis, Adventis Hari Ketujuh, Full Gospel Assembly dan Gereja Life Point Miri.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri, Adam Yii berkata, yang menarik, peserta bukan sahaja dari Miri, malah ada yang datang jauh dari Marudi, Beluru, Batu Niah, Bekenu, Long Lama, Lapok, Limbang, Lawas, Bario dan Bintulu.

“Kehadiran mereka jelas menunjukkan semangat ‘bersatu dalam Kristus’ yang diangkat sebagai tema tahun ini: “Yesus Kristus, Damai Sejahtera Kita”.

“Saya menggesa semua warga untuk terus hidup aman dan harmoni tanpa mengira bangsa dan agama. “Perarakan ini membuktikan bahawa damai sejahtera itu bukan mustahil,” katanya semasa berucap pada majlis perasmian perarakan tersebut.

Perarakan tersebut dirasmikan oleh Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang mewakili Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Perarakan Krismas Bandaraya Miri 2025 lambang kekuatan dan perpaduan Sarawak
Next: Majlis Hari OKU Sedunia PPDK Sri Satok dirai dengan semangat muhibah dan inspirasi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.