
BEKENU: Hampir 4,000 orang ramai berkunjung ke Majlis Ramah Mesra Rumah Terbuka Sibuti Timbalan Menteri Luar Negeri Dato Lukanisman Awang Sauni di Dewan Masyarakat Bekenu di sini, hari ini.
Lukanisman yang merangkap Ahli Parlimen Sibuti ketika ditemui media berkata, kehadiran orang ramai ini bukan hanya masyarakat pelbagai kaum di kawasan Sibuti, malah ada yang datang dari Miri dan Bintulu.
“Harapan saya di majlis ini juga dapat mengeratkan lagi silaturahim sekali gus memberi ruang kepada peniaga kecil-kecilan yang turut membantu menyediakan masakan hidangan.
“Saya juga dapat bertanya khabar dan mendengar permasalahan rakyat,” katanya ketika ditemui media pada majlis itu hari ini.

Beliau yang merangkap Ahli Parlimen Sibuti menambah, sebentar lagi ada rakyat bertanya tentang status mengenai penerima bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) dan warga emas bertanya tentang bantuan RM500 kerajaan Sarawak.
“Walaupun saya tidak lagi jawatan portfolio dalam Kementerian Kesihatan (KKM) dan nasihat saya untuk menggunakan inisiatif ini ke klinik dan farmasi yang telah berdaftar, ini merupakan inisiatif terbaik Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg,” katanya lagi.

Turut hadir Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak Datuk Rosey Yunus dan Timbalan Menteri Pelancongan Chiew Choon Man dan ketua-ketua masyarakat setempat.
Oleh Adum Liu